Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tiada Unsur Extremis Agama Syarat Rami Malek Untuk Berlakon Dalam Filem Bond 25

Bintang filem Bohemian Rhapsody, Rami Malek telah menetapkan satu syarat untuk dia menerima tawaran berlakon dalam filem Bond 25, iaitu tiada unsur-unsur extremis agama dalam watak yang dibawa olehnya.

Ketika bercakap kepada The Mirror, Malek mendedahkan bagaimana dia bercakap kepada pengarah Cary Fukuaga mengenai motivasi karakter sebelum dia menerima tawaran tersebut.


“I said, ‘We cannot identify him with any act of terrorism reflecting an ideology or a religion. That’s not ­something I would entertain, so if that is why I am your choice then you can count me out,'”

Fukunaga bersetuju dengan permintaan Malek dan menegaskan bahawa filem ini akan menampilkan penganas yang berbeza, jadi Rami Malek menyertai projek terbaru James Bond.

Sementara itu, pelakon itu juga menggambarkan skrip yang ditulis Scott Z. Burns, Phoebe Waller-Bridge, dan Fukunaga ‘sangat bijak’.

Bond 25 kini sedang sibuk menjalani penggambaran dan dijangka akan memulakan tayangannya pada 8 April 2020.

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment