Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tiada Perancangan Untuk Hasilkan Filem Ketiga “IT”… Setakat Ini


Filem IT Chapter Two belum lagi ditayangkan dipawagam, tetapi terdapat peminat sudah mula tertanya-tanya adakah ini akan menjadi kali terakhir kita melihat Pennywise.

Ketika ditemubual laman io9, penerbit Barbara Muschietti berkata, adaptasi buku “telah selesai”. Bagaimanapun, pengarah Andy Muschietti  menunjukkan dia mungkin memiliki idea bagaimana untuk membawa francais ini dimasa hadapan.

There is a whole mythology to the book though,”

Mythology is something that always has opportunities to explore. It has been on Earth for millions of years. He’s been in contact with humans for hundreds of years, every 27 years. So you can imagine the amount of material. It’s always exciting to think of eventually exploring this mythology. But, for now, there’s nothing on the table.

Muschietti dilihat seperti mahu meneroka lebih jauh mengenai Pennywise dan mitologinya. Memandangkan makhluk tersebut telah berada dj Bumi sejak jutaan tahun lalu dan menganggu manusia, jadi tidak mustahil francais IT akan memberi fokus kepada kisah asal usul badut jahat itu, dan menghasilkannya diluar kontek penulisan asal Stephen King.


Sekuel kali ini menyaksikan ahli kumpulan “The Losers’ Club” yang sudah dewasa, kembali ke kampung halaman mereka iaitu Derry, Mine. Tujuan mereka kembali adalah untuk menghentikan serta menamatkan keganasan yang dilakukan badut Pennywise sepertimana mereka lakukan 27 tahun dahulu.

Aktor James McAvoy, Jessica Chastain, Bill Hader, Isaiah Mustafa, Jay Ryan, James Ransone, dan Andy Bean akan membawakan watak ahli kumpulan The Losers’ Club yang telah dewasa.

Manakala Jaeden Lieberher, Sophia Lillis, Finn Wolfhard, Chosen Jacobs, Jeremy Ray Taylor, Jack Dylan Grazer, dan Wyatt Oleff akan kembali membawakan watak masing-masing dalam sekuel kali ini, iaitu ahli The Losers’ Club ketika kanak-kanak. Bill Skarsgård seperti biasa, meneruskan wataknya sebagai Pennywise.

IT Chapter Two akan menemui penonton pada 5 September 2019.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee