Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tiada Footage Carrie Fisher Dalam Star Wars Episode IX – President LucasFilms

Baru-baru ini kami ada mengeluarkan artikel mengenai kemunculan mendiang Carrie Fisher dalam filem kesembilan Star Wars yang mengatakan wataknya muka menggunakan footage ataupun teknik CGI bagi membuatkan karakternya seperti masih hidup.

Namun berita terbaru yang kami terima, president LucasFilm, Kathy Kennedy telah mengumumkan keputusan mereka di festivalĀ Star Wars Celebration 2017 yang Carrie Fisher tidak akan muncul dalam filem Star Wars Episode IX dan mereka tidak akan menggunakan apa-apa teknik sekali pun bagi menghidupkan watak Princess Leia.

Kathy telah bercakap semasa ditemubual semasa festival berkenaan.

“Sadly, Carrie will not be in [Episode] Nine. But we will see a lot of Carrie in Eight.”

Walaubagaimanapun, peminat nanti dapat melihat banyak penampilan karakter Princess Leia dalam filem Star Wars: Last JediĀ dan filem berkenaan akan menjadi filem terakhir yang menampilkan watak Princess Leia dalam Star Wars saga.

Dalam artikel sebelum ini, saudara kepada mendiang, Todd Fisher serta anaknya mendiang telah memberi kebenaran LucasFilms dan Disney untuk menggunakan apa-apa footage yang mempunyai wajah Carrie Fisher dalam filem akan datang. Namun spekulasi mengenai penggunaan footage berkenaan terus bertiup kencang memandangkan pihak studio masih belum membuat keputusan untuk meneruskan watak Princess Leia dalam filem kesembilan itu nanti,

Difahamkan juga, sebelum kematian Carrie Fisher, pihak studio telah meletakkan Princess Leia antara watak utama dalam filem berkenaan, namun selepas kematiannya, pihak studio terpaksa memikirkan kembali perancangan mereka untuk filem kesembilan itu nanti.

Buat peminat Star Wars, adakah keputusan presiden Lucasfilm tidak menggunakan footage Princess Leia merupakan satu keputusan tepat?

Related posts

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee

Video Featurette “F9” Tunjuk Kesan Praktikal Yang Luar Biasa

Kakimuvee