Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Through The Darkness” & “The King Of Tears, Lee Bang Won” Capai Rating Tertinggi Setakat Ini


Dua drama telah mencapai penilaian penonton tertinggi malam semalam.

Pada 15 Januari, drama SBS terbaru lakonan Kim Nam Gil, Through the Darkness menyaksikan peningkatan mendadak pada episod kedua tayangannya, dengan memperoleh purata rating 7.5 peratus. Drama misteri dan thriller jenayah ini boleh ditonton di saluran ONE (Ch 393 HD)

Sementara itu, drama MBC Tracer, yang keudara dalam slot waktu yang sama dengan Through the Darkness, mencatatkan penurunan rating ke tahap 7.7 peratus untuk episod keempat. 

Drama KBS The King of Tears, Lee Bang Won telah mencatat penilaian penonton tertinggi sepanjang siarannya dengan episod terbaru merekodkan rating 11.0 peratus. Drama itu juga turut menduduki tempat pertama dalam slot waktunya. The King of Tears, Lee Bang Won disiarkan di saluran ONE (Ch 393 HD)

Untuk saluran kabel, dua drama telah menyaksikan penyusutan rating pada episod terbaru. Drama JTBC Snowdrop menyusut ke tahap 2.6 peratus manakala rating drama tvN Bulgasal jatuh ke tahap 3.0 peratus. Sementara rating drama TV Chosun Uncle, melonjak ke 7.3 peratus untuk episod terbaru. 


Akhir sekali, drama KBS 2TV Young Lady and Gentlemen terus menunjukkan penguasaan sebagai program yang paling ramai penonton di semua saluran pada hari Sabtu dengan purata rating sebanyak 32.5 peratus. 

Sumber: Soompi


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee