Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Thor: Ragnarok Kutip $14.5 Juta Pada Hari Pertama Tayangan Di US

Filem ketiga Thor: Ragnarok mencatat kutipan tiket sebanyak $14.5 juta pada hari pertama tayangan di US Khamis baru-baru ini. Sebanyak 4080 panggung wayang di US termasuk 391 panggung IMAX telah menayangkan filem ini kepada para penonton. Dijangkakan filem ini akan mengaut lebih $100 juta dolar pada minggu ini sekaligus mengatasi kutipan tiket filem pertama yang mengutip $65.7 juta dan juga filem kedua, Thor: The Dark World yang mengutip $85.7 juta.

Bagaimanapun kutipan ini masih tidak mampu mengatasi rekod satu lagi filem Marvel iaitu Spider-Man: Homecoming yang mengutip $15.4 juta, tetapi berjaya mengatasi rekod filem Doctor Strange yang mengutip $9.4 juta dolar pada hari pertama tayangan.

Thor: Ragnarok diarahkan oleh Taika Waititi dan dibintangi beberapa pelakon seperti Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Cate Blanchett, Idris Elba, Jeff Goldblum, Tessa Thompson, Karl Urban, Mark Ruffalo, dan Anthony Hopkins.

Thor: Ragnarok sudah ditayangkan di beberapa negara seminggu lebih awal termasuk Malaysia, dan penonton di US terpaksa menunggu sehingga 3 November untuk mereka menonton filem ketiga Thor ini.

Related posts

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment