Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Thor: Love and Thunder” Telah Mulakan Penggambaran Di Australia

Menerusi media sosial Instagram, bintang MCU Chris Hemsworth telah mengumumkan secara rasmi bahawa penggambaran Thor: Love and Thunder telahpun bermula di Australia. 

Penggambaran sepatutnya bermula pada Ogos tahun lalu, tetapi ditunda kerana pandemik, dan Marvel Studios serta Disney telah menukar hampir kesemua tarikh tayangan filem-filem MCU. Anda boleh lihat gambar di kongsikan Hemsworth dibawah. 

Thor: Love and Thunder merupakan sekuel kepada Thor: Ragnarok dan ditetapkan selepas peristiwa Avengers: Endgame. Pengarah Taika Waititi kembali ke kerusi pengarah dan turut menulis skrip bersama Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great).

Natalie Portman kembali sebagai Jane dan dia kini mampu mengangkat Mjolnir. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson turut kembali sebagai Thor dan Valkyrie, manakala bintang trilogi The Dark Knight, Christian Bale akan memainkan watak antagonis utama, iaitu “Gorr the God Butcher”.

Beberapa ahli Guardians of the Galaxy, Chris Pratt dan Vin Diesel turut serta barisan pelakon. Penyertai ahli Guardians dalam filem akan datang tidak mengejutkan kerana Diesel pernah menyatakan yang “Thor akan bekerjasama dengan Guardians of the Galaxy”.

Pelakon Matt Damon turut dilaporkan sertai Hemsworth, tetapi penglibatan masih belum disahkan piahk studio.

Plot akan berdasarkan komik The Mighty Thor karya Jason Aaron dimana Jane Foster yang menghidapi barah mengambil alih peranan dan memiliki kekuatan Thor. 

Thor: Love and Thunder ditetapkan tayangan pada 5 Mei 2022. 

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment