Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

THOR: LOVE AND THUNDER: Christian Bale Sah Bawa Watak Villain

Bekas aktor Batman, Christian Bale disahkan bakal membawa peranan villain dalam filem Thor: Love and Thunder, lapor portal Collider. Bagaimanapun karakter aktor tersebut masih lagi kekal misteri.

Ini merupakan bekas aktor Batman kedua yang membawa peranan villain dalam MCU selepas Michael Keaton yang menjadi villain dalam filem Spider-Man: Homecoming sebagai Vulture.


Desas-desus mengenai peranan Bale dalam filem keempat Thor itu telah mula tersebar sebaik sahaja dia disahkan menjadi salah seorang dalam barisan pelakon. Portal The Illuminerdi sebelum ini pernah mengemukakan teori mengenai karakter Bale, dimana ia digambarkan sebagai penjahat yang datang dari “dunia lain”. Antara teori yang berlegar mengenai karakter penjahat tersebut adalah “Gorr the God Butcher”, salah satu musuh utama Thor yang sering membunuh para dewa dan datang dari dunia yang tidak mempunyai nama. Setakat ini, laporan dari laman tersebut masih lagi dianggap khabar angin.

Thor: Love and Thunder diarahkan Taika Waititi dimana ia akan menyambung sekuel Thor: Ragnarok dan ditetapkan selepas Avengers: Endgame. Natalie Portman kembali memainkan peranannya sebagai Jane Foster, dimana dia akan menjadi Thor, The Goddess of Thunder. Chris Hemsworth, Tessa Thompson seperti biasa akan meneruskan watak mereka sebagai Thor dan Valkyrie.

Penggambaran dijangka bermula pada Ogos ini dan akan menemui penonton pada 5 November 2021.

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment