Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

THOR: LOVE AND THUNDER – Christian Bale Dikhabar Bawa Watak ‘Villain’?


Selepas bekas aktor Batman, Michael Keaton membawa peranan ‘villain’ dalam filem Spider-Man: Homecoming, berkemungkinan besar seorang lagi bekas Batman akan menjadi penjahat dalam filem Thor: Love and Thunder. 

Menurut laporan dari The Illuminerdi, bekas aktor Batman, Christain Bale dikaitkan dengan watak yang digambarkan sebagai “penjahat intergalaksi” dalam filem Thor: Love and Thunder. 

Laman tersebut tidak menyatakan nama untuk watak itu, dan hanya tahu bahawa dia akan menjadi penjahat utama; iaitu penjahat yang datang dari “dunia lain”. Antara teori yang berlegar mengenai karakter penjahat tersebut adalah “Gorr the God Butcher”, salah satu musuh Thor yang sering membunuh para dewa dan datang dari dunia yang tidak mempunyai nama.

Setakat ini, laporan dari laman tersebut masih lagi dianggap khabar angin. Tambahan pula, Bale turut dikaitkan dengan watak Balder the Brave, abang tiri kepada Thor.

Bale masih lagi dalam rundingan dengan pihak studio untuk sertai barisan pelakon Thor: Love and Thunder, dan peminat mungkin dapat menjangkakan wataknya apabila dia sah menandatangani kontrak lakonan.


Thor: Love and Thunder diarahkan Taika Waititi dimana ia akan menyambung sekuel Thor: Ragnarok dan ditetapkan selepas Avengers: Endgame. Natalie Portman kembali memainkan peranannya sebagai Jane Foster, dimana dia akan menjadi Thor, The Goddess of Thunder. Chris Hemsworth, Tessa Thompson seperti biasa akan meneruskan watak mereka sebagai Thor dan Valkyrie.

Penggambaran dijangka bermula pada Ogos ini dan akan menemui penonton pada 5 November 2021.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee