
Pelakon Chris Pratt kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya The Tomorrow War, namun pelakon itu tidak melupakan satu lagi filem lakonannya yang akan datang iaitu Thor: Love and Thunder.
Ketika ditemubual Yahoo Movies baru-baru ini, Pratt sempat berkongsi perkembangan terkini mengenai filem keempat Thor dan menggoda beberapa pekara menarik terutamanya persengketaan diantara Star-Lord dan Thor.
“Kami melakukan sesuatu semasa di Avengers dan peminat menyukainya. Oleh itu, Taika mempunyai visi untuk dan saya rasa peminat pasti menyukai apa yang akan kami lakukan” ujar pelakon itu mengenai permusuhan manja di antara Star-Lord dan Thor.
“Saya rasa penonton akan menyukainya. Dia ia akan mengambil jalan yang sama, persiangan yang sama antara mereka berdua”
Star-Lord mungkin tidak mengemari Thor, tetapi Pratt segera memberi pujian kepada Chris Hemsworth selepas mereka bekerjasama semasa menjalani penggambaran filem terbaru Thor di Australia.
“Hemsworth hebat, dia sangat baik,” Pratt memujinya. “Peminat pasti terkejut melihat dengan lakonannya, apa yang dia dan Taika berikan untuk Thor 4. Ini peringkat seterusnya. [Hemsworth] naik sehingga ke paras yang lain. Jadi saya kagum dengan kehadirannya. Dia adalah dewa-manusia dalam kehidupan realiti. Cukup senang berada di sana bersamanya. “
Thor: Love and Thunder menjadi penggembaraan Thor seterusnya, selepas dia dan rakan-rakan Avengers berhempas pulas menewaskan Thanos dalam Avengers: Endgame. Bagi peminat, filem terbaru akan pasti menyeronokkan, lebih-lebih lagi dengan penyertaan Guardians of the Galaxy yang diketuai Star-Lord, yang sangat tidak menyukai Thor.
Filem akan datang dibintangi Chris Hemsworth, Tessa Thompson, Natalie Portman, Christian Bale, Chris Pratt, Jaimie Alexander, Pom Klementieff, Dave Bautista, Karen Gillan, Bradley Cooper, Taika Waititi, dan Sean Gunn, dan dijadualkan tayangan pada 6 Mei 2022.