Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Thor: Love and Thunder Akan Memulakan Penggambarannya Ogos Ini

Tahun 2020 akan menjadi tahun yang cukup sibuk buat Marvel Studios dalam menyiapkan beberapa filem Fasa 4 Marvel Cinematic Universe (MCU). Produksi Shang-Chi: The Legend of then Rings dan Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan bermula tidak lama lagi, manakala filem ketiga Spider-Man dijangka akan memulakan penggambarannya pada musim panas ini.

Terbaru, peminat kini dapat mengentahui jadual penggambaran filem Thor: Love and Thunder. Ketika ditemubual Variety, pengarah Taika Waititi mendedahkan bahawa filem keempat Thor dijangka akan memulakan produksinya pada Ogos ini dan lokasi penggambaran mungkin akan bertempat di Australia.

Thor: Love and Thunder akan menyaksikan Natalie Portman kembali memainkan peranannya sebagai Jane Foster. Lebih menarik, filem akan datang akan menyaksikan Foster menjadi Thor, The Goddess of Thunder. Chris Hemsworth, Tessa Thompson seperti biasa akan meneruskan watak mereka sebagai Thor dan Valkyrie.

Setakat ini, pelakon-pelakon lain masih belum didedahkan pihak studio, tetapi terdapat khabar angin yang menyatakan Jaimie Alexander akan kembali sebagai Lady Sif.

Thor: Love and Thunder akan menemui penonton pada 5 November 2021.

Related posts

Tarikh Tayangan “Godzilla vs Kong” Diawalkan Dua Bulan

Kakimuvee

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!

Kakimuvee

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Isqandar

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Isqandar

Leave a Comment