Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Video

Thor Dan Hulk Bertarung Tanpa Senjata Dalam PromoTerbaru Thor: Ragnarok

Filem terakhir Marvel tahun ini, Thor: Ragnarok pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat. Selain ia menunjukkan penampilan terbaru Thor serta semakin menghampiri Infinity War, filem berkenaan bakal menyaksikan pertarungan epik diantara dua superhero iaitu Hulk dan Thor di arena Gladiator.

Dalam trailer rasmi sebelum ini, tidak ditunjukan pertarungan antara Thor dan Hulk, promo terbaru yang dikeluarkan oleh Marvel memberi sedikit gambaran jelas bagaimana kedua-dua superhero berkenaan akan bertarung. Tanpa Mjolnir yang dimusnahkan Hela, Thor terpaksa bertarung dengan Hulk tanpa senjata yang menjadi tunjang kepada kekuatannya itu.

Thor: Ragnarok menceritakan Thor yang dihumban ke dunia lain dan terperangkap disana sebagai seorang tawanan oleh Grandmaster. Disana dia telah bertemu dengan Hulk yang menghilangkan diri semasa event Age of Ultron dan Thor mendapati dirinya berlumba dengan masa bagi menghentikan Hela yang ingin memusnahkan tamadun Asgard. Dengan bantuan Hulk, Valkyrie & Loki, mereka bersatu bagi menghalang Hela dari memusnakan Asgard.

Filem yang diarahkan oleh Taika Waititi dibintangi oleh  Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Mark RuffaloIdris Elba, Sir Anthony Hopkins, Cate Blanchett dan Tessa Thompson.

Thor: Ragnarok akan menemui penonton November ini.

Related posts

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

Leave a Comment