Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ReviewSlot Tempatan

This Is Pilah (2018) Review


Language: Malay
Subtitle: Malay
Classification: P13
General Release Date: 21 Jun 2018
Genre: Comedy
Running Time: 1 Hour 30 Minutes
Distributor: Empire Film Solution
Cast: Juzzthin, Zaidatul Iesna Mohd Raus, Kazar, Eliza Mustafa
Director: Rosdi Md. Dali
Format: 2D

Sinopsis :

Seorang pemuda bernama Jasni telah jatuh cinta dengan gadis pilihannya, Ara. Namun keinginan untuk berkahwin dengan Ara mendapat tentangan daripada ibu gadis tersebut, Mak Siti, yang melihat Jasni sebagai seorang pemuda yang tidak mempunyai masa depan biarpun bapanya, Pak Dollah, seorang usahawan berjaya. Sementara itu, dalam senyap Pak Dollah sebenarnya sudah jatuh hati dengan Mak Siti. Selepas mendapat tahu seorang pemuda dari Seremban mahu mengahwini Ara, Jasni perlu bertindak segera sebelum Ara menerima lamaran pemuda itu.

Ulasan :

This Is Pilah (2018) adalah filem berkenaan masyarakat di Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat perpatih. Ungkapan ‘biar mati anak, jangan mati adat’ begitu sinonim dengan adat perpatih ini. Secara kasarnya, filem ini menyentuh berkenaan budaya dan adat yang semakin dilupakan di kalangan anak-anak muda masa sekarang. Ini adalah satu percubaan yang sangat baik dari pihak produksi. Tema budaya dan adat ini jarang-jarang diangkat menjadi filem dan filem terakhir yang saya lihat ada elemen budaya dan adat adalah filem Perangsang Rentap (2017). Filem ini turut menggunakan dialek negeri 100 %. Jangan bimbang ada sari kata disediakan. Lagu This Is Pilah daripada Waris memang sesuai dengan filem ini.

Bila dilihat pada nama pelakon yang membarisi filem ini, saya rasa bimbang kerana takut Juzzthin dan Zaidatul Lesna, watak utama akan dibayangi persembahan otai-otai seperti Kazar dan Joey. Dan seperti jangkaan, impak Kazar dan Joey begitu kuat dalam filem ini dengan lawak bersahaja dan mimik muka yang kelakar. Watak yang saya kira comic relief ini memberi dinamik pada jalan cerita yang saya kira mendatar. Jasni dan Ara kurang chemistry, dari segi pergerakan, tutur cara dan mimik muka bukan seperti kekasih yang terdesak untuk berkahwin. Sedikit kaku. Faktor pengalaman begitu ketara dalam interaksi antara watak.


Bagi saya salah satu perkara penting dalam satu-satu filem adalah visual dan sinematografi. Filem ini kurang menyerlah dalam bab ini. Tona filem nampak kosong. Tidak banyak pergerakan kamera yang boleh kita lihat. Jalan cerita filem ini agak direct dengan beberapa flashback yang saya rasa tidak perlu. Twist filem ini tiba hampir di penghujung filem ini. Namun bagi saya twist ini umpama cara mudah produksi mencari jalan penyelesaian. Hambar.

Sejujurnya saya mencadangkan peminat filem untuk menonton filem ini kerana melihatkan faktor adat yang menarik. Pendapat saya, filem ini mampu jadi lebih baik.

Kakimuvee Rating : 5/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee