Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Think Big Big Bakal Menemui Penonton Pada Tahun Baru Cina Ini

Sumber gambar: Cinema Online

Chiu Keng Guan, pengarah filem cina tempatan kini kembali dengan filem terbaru beliau yang juga filem kelimanya yang berjudul Thing Big Big. Filem yang diedarkan oleh GSC Movies itu akan mula menemui penonton pada perayaan Tahun Baru Cina ini.

Thing Big Big mengisahkan Moon seorang wanita berbadan gempal yang gembira bekerja sebagai maskot di sebuah taman tema. Satu hari dia secara tidak sengaja menyertai pertandingan menguruskan badan, menukarnya menjadi `Nation Goddess`. Netizen mula memberi perhatian kepadanya membuatkan hidupnya bertukar menjadi huru-hara. Dia perlu mencari jalan untuk kembali gembira dan mendapat semula sokongan daripada ibu bapa dan rakan-rakannya.


Menurut pengarah berkenaan, filem terbarunya kali ini akan menyampaikan mesej penting kepada penonton agar menyanyangi diri dan juga menceritakan pengaruh laman sosial kepada kehidupan seseorang pada masa kini.

“This is a story about loving yourself unconditionally,”  – Chiu Keng Guan via Cinema Online.

Filem bergenre drama ini akan menampilkan Serene Lim, Fabian Loo, Vivienne Oon, Ruby Yap, Moon Yoong, Joanne Lau, dan Keigrey Kam. Penggambaran filem berbahasa Mandarin ini dilakukan sepenuh di lokasi Bukit Pelanduk, Kuala Lumpur dan sebuah sekolah menengah yang terletak di Seremban.

Bagi pengemar-pengemar filem Cina tempata, Thing Big Big akan disertakan sekali sarikata bahasa Inggeris dan Melayu semasa tayangannya nanti. Thing Big Big bakal menemui penonton pada 15 Februari 2018

Related posts

“Mat Kilau” Terus Tambah Kutipan Tiket, Kumpul RM3 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Kakimuvee

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia

Kakimuvee

Luangkan Masa Pada ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ pada 24 – 26 Jun Ini

Kakimuvee

“Special Force: Anarchy” Bakal Datang Ke Disney+ Hotstar Di Malaysia

Kakimuvee

Lebih Banyak Belanja, Lebih Banyak Jimat Dengan Kempen ‘Macam-Macam Ada’ Astro Go Shop

Zulaikha

Leave a Comment