Slot Asia

THE WORLD OF THE MARRIED Kekal Popular, Catat Rating Tertinggi Dengan Episod Baru

Views

Jika anda ingin menghasilkan sebuah drama bersiri, pastikan ia bertemakan kisah rumah tangga.

Drama terbaru JTBC, The World of the Married kekal popular dikalangan penonton di Korea Selatan.

Episod terbaru The World of the Married terus mencatatkan rating tertinggi dalam sejarah rancangan rangkaian TV kabel! Menurut laporan Nielsen Korea, drama hit itu mengekalkan rating 24.3 peratus yang telah dicatatkannya pada hujung minggu lalu.

Sementara itu, The King: Eternal Monarch tidak begitu bernasib baik apabila hanya mencatatkan purata rating sebanyak 6.1 peratus dan 8.1 peratus untuk dua episod terbaru. The King: Eternal Monarch boleh ditonton dilaman perkhidmatan streming Netflix.

Drama terbitan KBS 2TV, Once Again kekal kuat dengan penilaian purata seluruh Korea sebanyak 22. 1 peratus dan 26.6 peratus untuk dua episod terbarunya, manakala drama tvN, When My Love Blooms masih stabil dengan penilaian purata sebanyak 4.2 peratus untuk episod terbaru.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks