Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

THE WORLD OF THE MARRIED Atasi SKY CASTLE, Untuk Catat Rekod Baru Rating Drama Tertinggi Dalam Sejarah Rangkaian TV Kabel

Drama terbaru JTBC, The World of the Married secara rasminya mencipta rekod baru!

Pada 2 Mei, The World of the Married mencipta sejarah apabila berjaya mendapat jumlah tontonan tertinggi yang pernah dicapai oleh mana-mana drama dalam sejarah rangkaian TV Kabel Korea.


Menurut laporan Nielsen Korea, episod terbaru drama tersebut telah mendapat purata rating sebanyak 24.33 peratus di seluruh Korea, sekaligus memecahkan rekod yang pernah dicipta satu lagi drama JTBC, SKY Castle. Pada 2019, episod finale SKY Castle mencatatkan rating tertinggi iaitu 23.78 peratus.

Mengikuti rekod baru ini, satu-satunya rancangan rangkaian tv kabel yang pernah mendapat penarafan yang lebih tinggi daripada The World of the Married adalah program realiti hit TV Chosun, Mister Trot, yang mencapai puncak purata rating sebanyak 35.7 peratus pada bulan Mac yang lalu.

Dengan tinggal empat episod sahaja lagi, adakah The World of the Married akan berjaya memecahkan rekodnya sendiri dengan penilaian yang lebih tinggi dalam dua minggu terakhirnya. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Soompi

Related posts

Saksikan Rompakan Yang Tidak Pernah Anda Lihat Dalam Teaser Terbaru “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”

Zulaikha

Drama Romantik Supernatural “Kiss Sixth Sense” Akan Tiba Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar 25 Mei Ini

Zulaikha

Trailer “KKN di Desa Penari” Goda Kisah Urban Legend Di Indonesia

Kakimuvee

SBS Sahkah Tarikh Tayangan K-Drama Terbaru “Today’s Webtoon”

Zulaikha

6 Sebab Kenapa The Sound of Magic Akan Memukau Anda

Zulaikha

7 K-Drama Fantasi Netflix Yang Akan Membuatkan Anda Terpesona.

Zulaikha

Leave a Comment