Slot AsiaTrivia

The World Of The Married #1, Ini Antara K-Drama Yang Menarik Di Netflix

Views

Dengan harga serendah RM17, pelanggan-pelanggan Netflix dapat menikmati banyak kandungan menarik dari serata dunia, termasuklah drama-drama popular Korea. 

Antara drama Korea yang boleh distrim di Netflix termasuklah It's Okay to Not Be Okay, Memories of the Alhambra, dan yang terbaru, The World of the Married yang kini trending di laman penstriman popular itu. Untuk memudahkan peminat drama Korea mencari drama yang menarik, kami senaraikan beberapa K-drama yang anda boleh tonton dilaman penstriman Netflix. (Klik link pada tajuk drama)

Crash Landing On You

Drama ini mengisahkan Son Ye-Jin membawa watak anak orang kaya Korea Selatan bernama Yoon Se-Ri dan Hyun-Bin membawa watak tentera Korea Utara bernama Lee Jung-Hyeok. Kemalangan luncur layar udara menyebabkan Yoon Se-Ri mendarat di Korea Utara dan Lee Jung-Hyeok melindunginya dari sebarang ancaman.

Vagabond

mengisahkan tentang Cha Dal-Gun (Lee Seung Gi), seorang pelakon lagak ngeri yang mengimpikan menjadi pelakon aksi terkenal di dunia. Dia terlibat dalam kemalangan pesawat yang mengubah hidupnya. Dia menghadapi konspirasi tersembunyi di sebalik kemalangan pesawat yang berkaitan dengan kes rasuah negara. Untuk menanggung ibunya dan adik perempuannya, Go Hae-Ri (Bae Suzy) mahu pekerjaan yang stabil sebagai seorang pegawai awam. Dia menjadi ejen NIS. Dia berharap menjadi white agent, tetapi sebaliknya dia menjadi black agent.

Descendants of the Sun

Drama yang menceritakan tentang seorang doktor yang ditempatkan di zon perang fiksyen Urk (Uruk), dan mengikuti kisah cinta yang berkembang antara seorang pakar bedah (Kang Mo-yeon) dan seorang pegawai pasukan khas (Yoo Shi-jin), kedua-duanya pakar di bidang masing-masing. Cerita ini akan memaparkan perjuangan peribadi dan profesional mereka sambil meneroka isu mengenai nilai kehidupan.

Kingdom (musim 1 & 2)

Drama epik saeguk zaman dinasti Joseon ini berkisarkan Putera Mahkota Lee Chang (Ju Ji Hoon) dianggap pengkhianat setelah Raja yang mati hidup kembali. Dia berusaha untuk mengungkap kebenaran di sebalik orang-orang yang berubah menjadi zombie setelah dibiarkan kelaparan

Good Doctor

Drama perubatan yang berpusat di jabatan pediatrik ini berkisah tentang seorang pemuda, Park Shi-on dengan Sindrom Savant yang mengatasi halangan untuk menjadi pakar bedah pediatrik. Walaupun mengalamai kecacatan perkembangan, dia merupakan pakar padieatrik yang genius. Bagaimanapun, dia menghadapi masalah dengan bidang lain dalam hidupnya, seperti berhubungan dengan orang secara sosial. Sementara itu, Cha Yoon-seo adalah rakan bedah pediatrik dan Kim Do-han adalah pakar bedah pediatrik terbaik di Korea. Dia akan mendapati dirinya sering berhadapan dengan Park Shi-on.

200 Pound Beauty

Han-na, seorang wanita yang berlebihan berat badan dengan suara yang indah, memberikan vokal untuk bintang pop yang cantik tetapi bersuara sumbang. Setelah pertemuan yang memalukan, Han-na menjalani pembedahan plastik dari kepala hingga kaki dan muncul kembali setahun kemudian sebagai penyanyi yang langsing, Jenny.

Itaewon Class

Diadaptasikan dari webtoon berjudul sama, Itaewon Class mengisahkan tentang sekumpulan anak muda yang degil dan berani yang dibesarkan dalam persekitaran yang mementingkan darjat. Tempat tinggal mereka di kawasan kejiranan Itaewon, Seoul di mana mereka mengusahakan bisnes makanan.

The King: Eternal Monarch

The King: Eternal Monarch berkisarkan tentang dua alam semesta yang selari dengan monarki dan demokrasi. Lee Min Ho memainkan peranan sebagai Emperor Lee Gon, yang cuba menutup pintu dua dunia berbeza, manakala Kim Go Eun membawa watak sebagai detektif Jung Tae Eul, yang bekerjasama dengan maharaja untuk melindungi nyawa manusia.

The Legend of the Blue Sea

Kisah Heo Joon-jae (Lee Min-ho), anak lelaki dari seorang ahli perniagaan kaya, dia merupakan seorang lelaki kacak dan berkerja sebagai penipu handalan selepas perceraian ibu bapanya, dan tentang ikan duyung bernama Shim Cheong (Jun Ji-hyun) yang menyukai Joon-jae. Berfokus pada kelahiran semula, nasib, dan cinta yang tidak berbalas, kisah mereka dihubungkan dengan kisah yang selari dengan era zaman Joseon, mengenai ketua bandar Kim Dam-ryeong dan ikan duyung Se-hwa.

Was It Love?

Noh Ae-jeong (Song Ji-hyo) merupakan penerbit filem dan juga ibu tunggal. Kehidupannya menjadi tidak menentu apabila empat lelaki telah memasuki kehidupannya pada masa yang sama. Anak perempuannya, Noh Ha-nee (Um Chae-young), bertekad untuk mengetahui antara empat lelaki tersebut, yang mana merupakan ayah kandungnya.

It's Okay To Not Be Okay

Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) bekerja sebagai pengasuh di wad psikiatri. Gang-tae dikurniakan segalanya termasuk badan yang hebat, kecerdasan, kemampuan untuk bersimpati dengan orang lain, kesabaran, kemampuan untuk bertindak balas dengan cepat, dan banyak lagi. Dia menjaga abangnya, Sang-tae (Oh Jung-se), yang berusia lapan tahun lebih tua daripadanya dan menghidapi spektrum autisme.

Dia dengan baik menjaga saudaranya, Sang-tae (Oh Jung-se), yang berusia lapan tahun lebih tua daripadanya dan berada di spektrum autisme. Nasib membawa Gang-tae bertemu wanita istimewa. Wanita itu, Ko Mun-yeong (Seo Yea-ji), adalah pengarang buku kanak-kanak yang popular, tetapi dia sangat mementingkan diri sendiri, sombong, dan kasar.

Hi Bye, Mama!

“Hai Bye, Mama” berkisarkan tentang seorang wanita bernama Cha Yu Ri (lakonan Kim Tae Hee) yang kembali ke pangkuan suaminya Jo Kang Hwa (lakonan Lee Kyu Hyung) dan anak perempuan Jo Seo Woo (lakonan Seo Woo Jin) selama 49 hari sebagai hantu selepas meninggal dunia dalam kemalangan tragis.

Hospital Playlist

Hospital Playlist akan mengisahkan tentang lima orang doktor yang merupakan sahabat lama sejak berusia 20 tahun yang sama-sama belajar di kolej perubatan pada tahun 1999, dan kini mereka adalah rakan sekerja di hospital yang sama

Memories of the Alhambra

Mengisahkan seorang CEO Syarikat Pelaburan, Yoo Jin Woo (Hyun Bin) yang datang ke Barcelona Sepanyol, atas urusan bisnes. Suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang tidak dikenali dengan tujuan untuk menjual hasil kerjanya iaitu permainan yang menggunakan teknologi Augmented Reality (Realiti Maya Tambahan). Pembuat permainan itu dilakonkan oleh Park Chanyeol yang membawa watak Jung Se Joo.

Namun, suatu insiden terjadi yang menyebabkan Yoo jin woo harus mencari dimana pembuat game tersebut berada dan mencari maklumat di Hostel Bonita yang diuruskan oleh Jung Hee Joo (Park Shin Hye) yang merupakan kakak kepada Jung Se Joo yang tinggal di Granada, Sepanyol. Selain itu, Yoo Jin Woo harus berhadapan dengan musuh merangkap bekas sahabatnya yang mengkhianatinya, Cha Hyung Seok (Park Hoon) yang sama-sama bercita-cita untuk mendapatkan game tersebut.

My Shy Bos

Eun Hwan-Ki (Yeon Woo-Jin) adalah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perhubungan awam, tetapi dia sangat pemalu. Disebabkan keperibadiannya, pekerjanya tidak mengenalinya dengan baik. Chae Ro-Woon (Park Hye-Soo) mula bekerja di syarikat Eun Hwan-Ki. Dia sangat bertenaga dan mendapat pengiktirafan untuk kerjanya, tetapi satu-satunya minatnya adalah pada CEO Eun Hwan-Ki. Dia merancang untuk mendedahkan siapa sebenarnya Eun Hwan-Ki.

Mystic Pop-up Bar

Ssanggab Cart Bar dibuka hanya pada waktu malam di bumbung bangunan. Wol-Ju (Hwang Jung-Eum) mengendalikan troli makanan misteri. Pelanggan yang mengunjungi Ssanggab Cart Bar terdiri daripada orang biasa dan orang mati. Semasa minum alkohol dan makan dengan Wol-Ju, pelanggan Ssanggab Cart Bar bercakap mengenai diri mereka dan berusaha menyembuhkan luka dalaman mereka.

Black

Mengisahkan malaikat maut yang merasuk badan seorang detektif yang telah mati dan heroin yang boleh nampak orang yang bakal mati dalam bentuk "hantu". Heroin cuba menyelamatkan orang yang akan mati tetapi hampir kesemuanya tidak berjaya diselamatkan. Jika berjaya diselamatkan sekalipun mesti orang lain yang akan mati.

A Korean Odyssey

Pencarian kekebalan oleh satu makhluk mitos narsisistik memakan diri apabila dia terpaksa bergantung pada belas kasihan seorang wanita yang mampu melihat makhluk ghaib.

Love in the Moonlight

Drama berlatarkan zaman dinasti Joseon ini mengisahkan tentang seorang gadis, Hong Ra On (Kim You Jung) yang berpura-pura menjadi seorang lelaki dengan menggunakan nama Hong Sam Nom kerana sebab tertentu. Dia juga seorang “doktor cinta”.

Hong Ra On telah dijual kepada pengutip hutang untuk menjadi sida-sida ke istana dan di mana dia menjadi rapat dengan Putera Mahkota Hyomyeong (Park Bo Gum). Pada mulanya Putera Mahkota itu fikir dia mempunyai perasaan kepada lelaki tetapi apabila dia tahu bahawa Hong Sam Nom sebenarnya seorang gadis (Hong Ra On) dia merebut peluang itu untuk meluahkan perasaan kepadanya. Pada mulanya hubungan mereka telah berjalan dengan lancar, tetapi kemudian mereka mengetahui bahawa cinta mereka adalah mustahil selain perbezaan darjat,Hong Ra On adalah anak pengkhianat/pemberontak istana

The Producers

Sorang penerbit baru sertai Sistem Penyiaran Korea bagi berada dekat dengan pujaan hati rahsianya, lalu memasuki dunia rangkaian televisyen yang sibuk mengutamakan rating.

The World of the Married

Ji Sun Woo adalah doktor perubatan. Dia berkahwin dengan Lee Tae Oh dan mereka mempunyai anak lelaki. Dia seolah-olah mempunyai segala-galanya, termasuk kerjaya yang berjaya dan keluarga yang bahagia, tetapi dia dikhianati oleh suaminya 

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares