Hugh Jackman mengesahkan yang beliau akan membawa watak paling iconic sekali dalam filem X-Men iaitu Wolverine buat kali terakhir dalam filem The Wolverine 2. Dalam masa yang sama juga, beliau mengesahkan akan membuat kemunculan singkat dalam filem X-Men: Apocalypse atau lebih dikenali sebagai watak cameo. Pengesahan ini dilakukan oleh beliau di Comic-Con semasa festival Fox’x comic book cavalcade
Sebelum ini banyak khabar angin yang mengatakan Hugh Jackman bakal membawa watak tersebut buat kali terakhir, dan berita yang beliau bawa pada hari mengesahkan khabar angin tersebut.
Hugh Jackman pernah memberi hint kepada peminatnya di Instagram bahawa beliau bakal berhenti membawa watak tersebut.
https://instagram.com/p/0x7TKcihJw/
Filem The Wolverine 2 nanti bakal mengisahkan kehidupan Wolverine selepas perang besar-besaran antara superhero dan supervillian. Filem The Wolverine 2 ini berdasarkan komik Marvel, The Old Logan