Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Witch’s Diner” Lakonan Song Ji Hyo, Nam Ji Hyun, And Chae Jong Hyeop Dedah Poster Terbaru Yang Misteri & Menyeramkan

Drama akan datang The Witch’s Diner telah dedahkan poster utamanya yang cukup misteri dan menyeramkan.

The Witch’s Diner adalah drama fantasi gelap mengenai restoran penyihir yang menjual makanan yang menunaikan permintaan sebagai ganti kepada jiwa pelanggan. Song Ji Hyo berperanan sebagai pemilik restoran dan ahli sihir, Hee Ra, Nam Ji Hyun memainkan peranan sebagai rakan perniagaannya Jin, dan Chae Jong Hyeop mengambil peranan sebagai pekerja sambilan Gil Yong.

Poster tersebut memaparkan gandingan hebat antara watak Hee Ra, Jin, dan Gil Yong. Hee Ra, yang mencipta hidangan yang membuatkan orang menjadi ketagihan dengan hanya satu rasa, memancarkan getaran supernatural dengan penampilan “ahli sihir”nya. Dia memegang buku resipi yang tebal di satu tangannya, dan dia menatap ke depan dengan mata yang memukau.

Ekspresi Jin yang tidak dapat dibaca semakin menambah misteri ketika dia duduk di meja dengan garpu dan pisau. Walaupun dia memotong stik yang menyelerakan, ekspresinya dibayangi dengan sedikit rasa tidak senang. Peminat sudah tertanya-tanya mengenai hubungan luar biasa antara Hee Ra dan Jin.

 

Sementara Gil Yong pula berdiri di belakang dan memegang penyapu. Dia melepaskan semangat pekerja sambilan profesional dengan menunjukkan dirinya boleh dipercayai dan rajin. Dia juga penuh dengan rasa ingin tahu ketika mengintai kedua-dua wanita itu, dan seolah-olah telah mengetahui tentang rahsia antara mereka.

The Witch’s Diner akan memulakan tayangnya pada 16 Julai ini.

Related posts

Cha Tae Hyun, Krystal, & Jinyoung Bersedia Untuk Mengambil Kes Dalam Poster Terbaru “Police University”

Zulaikha

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Zulaikha

“Hometown Cha-Cha-Cha” Akan Ditayangkan Di Netflix 28 Ogos Ini

Kakimuvee

Park Ji-hoon, Kang Min-ah & Bae In-hyuk Spill Details of Their Roles as iQiyi’s Hit Drama “At a Distance, Spring is Green” Wraps Up Its FINALE

Zulaikha

“Hospital Playlist 2” No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama Paling Popular Untuk Minggu Ke-4 Berturut-Turut

Zulaikha

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Leave a Comment