BeritaSiri TV

The Witcher: Netflix Dedahkan Poster Karakter Yennefer & Ciri

Views

Netflix telah mendedahkan poster karakter The Witcher yag menampilkan Anya Chalotra sebagai Yennefer dan Freya Allan sebagai Ciri. Anda boleh saksikan dibawah menerusi perkongsian dari laman Twitter rasmi The Witcher. 

The Witcher diadaptasikan dari buku berjudul sama karya Andrzej Sapkowski. Ia mengisahkan tentang Geralt of Rivia, pemburu raksasa yang berjuang untuk mencari tempatnya dimana manusia telah dibuktikan lebih jahat dari raksasa.

Tetapi takdir telah membawanya menemui ahli sihir yang berkuasa dan seorang puteri yang menyimpan rahsia merbahaya. Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersama-sama mengembara di Benua yang semakin tidak menentu.

Siri televisyen ini dibintangi bekas pelakon filem Man of Steel, Henry Cavill yang akan membawakan peranan utama siri tersebut sebagai Geralt of Rivia, Freya Allan sebagai Princess Ciri dan Anya Chalotra sebagai Yennefer of Vengerberg

The Witcher akan bersiaran di platform penstriman video Netflix pada 20 Disember ini.

BACA:  Fox Umumkan Tajuk Baru Filem Prekuel Kingsman

Tinggalkan Balasan

shares