Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Witch: Part 2. The Other One” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan

The Witch: Part 2. The Other One telah mendominasi carta box office Korea Selatan sejak ia ditayangkan di pawagam awal minggu lalu.

Sekuel filem popular tahun 2018 The Witch: Part 1. The Subversion itu mengisahkan seorang gadis muda yang terselamat dari kemalangan yang menyebabkan sebuah makmal rahsia musnah. Walaupun dia berjaya melarikan diri dari makmal tersebut, pengalaman pahitnya masih menghantuinya, kerana terdapat banyak pihak yang bertekad untuk menangkapnya atas motif yang berbeza. 


Menurut Majlis Filem Korea, The Witch: Part 2. The Other One secara rasmi telah melepasi angka 1 juta penonton pada 18 Jun, empat hari selepas tayangan perdananya pada 15 Jun. 

Ia merupakan pencapaian yang lebih cepat berbanding filem sebelumnya, dimana ia mengambil masa selama enam hari untuk mencapai angka 1 juta penonton pada tahun 2018. 

Selain itu, The Witch: Part 2. The Other One turut mengungguli carta box office Korea Selatan sejak tayangannya pada 15 Jun, walaupun menghadapi saingan sengit daripada hit blockbuster The Outlaws 2 (“The Roundup”) dan filem pemenang anugerah Broker.

Related posts

Filem Bertema Keagamaan “Cinta Subuh” Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Kakimuvee

Song Joong Ki Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Noir Terbaru

Zulaikha

Jeon Do Yeon & Jung Kyung Ho Disahkan Membintangi Drama Rom-Com “One Shot Scandal”

Zulaikha

“The Roundup” Atas Kutipan “Avengers: Age Of Ultron” Di Korea Selatan, Melangkaui 11 Juta Penonton

Zulaikha

Gambar Terbaru “Emergency Declaration” Yang Menampilkan Song Kang Ho, Lee Byung Hun, Im Siwan & Ramai Lagi

Zulaikha

Netflix Perbaharui Siri Popular Korea “Sweet Home” Untuk Dua Musim Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment