Siri TV

The Walking Dead Akan Berakhir Selepas Musim Ke-11, Siri Spin-Off Mengenai Daryl & Carol Akan Dihasilkan

Views

Siri televisyen popular The Walking Dead akan berakhir selepas musim ke-11, umum rangkaian televisyen AMC baru-baru ini.

Musim ke-11 yang juga musim terakhir akan mengandungi 24 episod dengan 12 episod pertama mungkin akan ditayangkan pada tahun hadapan, manakala 12 episod terakhir akan menutup siri The Walking Dead pada 2022.  Setakat ini tiada tarikh tayangan perdana diumumkan. 

Walaubagaimanapun, AMC akan mengembangkan lagi dunia The Walking Dead dengan siri spin off yang memberi fokus pada karakter popular Daryl Dixon (Norman Reedus) dan Carol Peletier (Melissa McBride). Siri spin off ini akan diketuai showrunner dan juga pencipta bersamaThe Walking Dead, Angela Kang. Siri terbaru ini dijangka tayangan pada 2023. 

Selain itu juga, AMC turut membangunkan siri terbaru Tales of the Walking Dead, sebuah siri antologi yang mana ia setiap episod akan tertumpu pada watak baru, atau watak sedia ada, dan menceritakan kisah lampau dan pengalaman yang dihadapi watak tanpa terikat dengan episod lain. Beberapa projek dalam dunia The Walking Dead turut dirangka AMC dan Ketua Pegawai Kandungan The Walking Dead, Scott M. Gimple.

Dunia The Walking Dead dikembangkan menerusi siri Talking Dead; Fear the Walking Dead yang kembali untuk musim keenam pada 10 Oktober ini; The Walking Dead: World Beyond, siri baru mengenai generasi pertama yang bangkit dalam malapetaka zombi akan memulakan tayangannya pada 4 Oktober ini. Sementara itu, sebuah filem akan dihasilkan dengan kerjasama Universal dan Skybound bersama AMC, yang memberi fokus padda watak Rick Grimes (Andrew Lincoln).

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks