Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review The Walking Dead 7 Episod 6 “Swear”

the-walking-dead-tara

The Walking Dead musim ketujuh telah pun memasuki episod pertengahan dan kita masih lagi tidak mengentahui apakah rancangan dan bagaimana hero kita akan menghadapi kumpulan Savior. Setakat yang kita ketahui sehingga kini hanyalah kisah-kisah karakter-karakter tertentu dalam setiap episod.

Jika sebelum ini, kita sudah melihat kisah-kisah Daryl, Carol, dan Maggie, kali ini dalam episod 6, melihat kisah satu lagi karakter dalam kumpulan Rick, iaitu Tara.

Tara terpisah dengan Heather dan terjatuh ke dalam sungai dan kemudian terdampar di sebuah pantai. Tara telah diselamatkan oleh Cindy. Tara kemudiannya telah mengekori Cindy secara rahsia ke sebuah komuniti baru namun ditangkap. Tara kemudiannya diselamatkan sekali lagi oleh Cindy dari dibunuh oleh seorang kanak-kanak bernama Rachel.

Apa yang menariknya tentang komuniti ini, kesemua penghuni mereka adalah wanita dan mereka juga kejam seperti kumpulan Savior, mereka membunuh terus penceroboh atau sesiapa yang mereka lihat tanpa banyak soal. Cuma dalam kes, Tara dia bernasib baik dan diberi peluang untuk tinggal bersama.

twd_706_gp_0629_0103-rt

Namun, Tara memberitahu mereka untuk kembali ke kumpulannya dan menceritakan kisah kumpulannya yang membunuh ahli-ahli kumpulan Savior di pengkalan satelit. Akur dengan permintaan Tara, ketua komuniti tersebut membenarkan Tara untuk pulang dan meminta dua ahli komunitinya menemaninya sehingga ke Alexandria.

Namun tujuan sebenarnya ialah untuk membunuh Tara di luar kem mereka. Tara berjaya meloloskan diri dengan bantuan Cindy sekali lagi dan semasa bergelut dengan salah seorang daripada mereka, Tara mengentahui bahawa kumpulan tersebut menjadi kejam terhadap orang asing disebabkan sejarah kumpulan tersebut yang diserang oleh kumpulan Savior.

twd-tara

Sehingga kini, beberapa komuniti telah ditunjukan termasuk yang terbaru dan ini memberi beberapa option kepada Rick dan kumpulannya untuk merancang dan menghapuskan kumpulan Savior. Kingdom dan Hilltop mempunyai beberapa individu yang hebat dan berani, manakala komuniti baru ini mempunyai senjata, cuma Rick perlu berjumpa dan berbincang dengan ketua kumpulan komuniti baru ini untuk meyakinkan mereka untuk turut serta bertempur dengan kumpulan Savior.

Ini disebabkan kumpulan baru kelihatan begitu sukar dan mungkin akan membunuh mana-mana individu yang dikesan berada berdekatan dengan kawasan penempatan mereka tanpa banyak soal.

Walaupun episod kali ini lebih menarik dari sebelumnya, ianya masih perlahan sejak episod kedua. Momentum musim kali ini semakin lama semakin perlahan, mungkin kita akan lihat konfrontasi antara Savior dan beberapa komuniti dalam siri tv ini berlarutan sehingga musim hadapan.

Episod akan datang, “Sing Me A Song” yang akan menceritakan lebih dalam mengenai kumpulan Savior dan kisah beberapa ahli kumpulan Alexandria yang keluar mencari bekalan untuk Negan.

 

Related posts

Review Filem: John Wick: Chapter 4 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Imaginur (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Fabelmans (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Harum Malam (2023)

Ahmad Fariszuan

Review: Ma, I Love You (2023)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment