Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review The Walking Dead 7 Episod 5 “Go Getters”

The Walking Dead 7

The Walking Dead 7 Episod 5 “Go Getters”

Dalam musim ke-6 The Walking Dead Rick dan ketua kumpulan Hilltop, Gregory telah membuat perjanjian rahsia untuk membunuh sekumpulan samseng yang mengugut kumpulan Hilltop, malangnya Rick tidak mengentahui bahawa kumpulan tersebut adalah sebahagian kepada kumpulan Savior yang diketuai oleh Negan.

Disebabkan itu, mereka telah diburu dan ditewaskan oleh Negan dan anak buahnya yang ingin membalas dendam terhadap kematian ahli kumpulannya sehingga menyebabkan Abraham dan Glenn mati ditangan Negan.

Dalam episod 5, “Go Getter”, situasi kali ini tertumpu dikawasan komuniti Hilltop dimana kumpulan Negan telah datang untuk merampas bekalan di komuniti tersebut. Kebetulan Maggie dan Sasha berada dikomuniti ini untuk merawat kecederaan yang dialami oleh Maggie.

the-walking-dead-go-getters-2

Mujur tindakan Jesus, salah sorang ahli kumpulan Hilltop yang bijak menyembunyikan kedua-dua orang Rick ini dapat menyelamatkan mereka dari ditemui oleh ahli-ahli kumpulan Savior.

Tetapi, Gregory tidak menyukai kehadiran Maggie dan Sasha di komuniti tersebut,Ā dan telah memaksa mereka berdua untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, tindakan Gregory telah dibantah oleh Jesus dan mengugut untuk membongkarkan rahsia Gregory kepada penduduk dikomuniti itu.

Sementara itu, Carl dan Enid telah meluangkan masa mereka bersama semasa kedua-duanya dalam perjalanan ke Hilltop. Carl meninggalkan komuniti Alexandria untuk menemani Enid dan masa yang sama mencari tempat tinggal Negan manakala Enid pergi ke Hilltop untuk menemui Maggie dan menziarahi kubur Abraham dan Glenn.

the-walking-dead-carl-enid

Jika episod sebelum ini,Ā Rosita menunjukan sifat ingin membalas dendam terhadap Negan, episod kali ini, Carl dan Sasha turut sama mengatur rancangan untuk membalas dendam terhadap ketua kumpulan Savior itu. Namun, rancangan mereka lebih kepada rancangan individu.

Sasha telah meminta bantuan Jesus mencari lokasi Negan. Dalam usaha Jesus untuk mencari lokasi Negan, dia telah menyusup ke salah satu lori kumpulan tersebut bagi mengetahui lokasi tempat tinggal Negan. Manakala Carl atas inisiatif sendiri juga telah masuk kedalam lori yang sama.Ā Jesus terkejut apabila ditegur Carl yang sedang bersembunyi didalam lori yang dimasuki olehnya.

the-walking-dead-go-getters

Nampaknya perjalanan musim ketujuh ini semakin menarik dengan keinginan beberapa individu yang ingin membalas dendam terhadap Negan.Ā Jesus pula menunjukan sifat untuk memberontak terhadap pemerintahan Gregory kerana Gregory lebih mementingkan diri sendiri dari kumpulanya.

Nampak beberapa karakter musim ini bakal menonjol dalam usaha mereka untuk menewaskan Negan, jika sebelum Ezekiel, kali ini Jesus manakala Rick pula semakin tenggelam dengan situasi yang dihadapinya.

Episod The Walking Dead Musim ketujuh seterusnya “Swear”

Related posts

Review Filem: Imaginur (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Fabelmans (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Harum Malam (2023)

Ahmad Fariszuan

Review: Ma, I Love You (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Qorin (2023)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment