Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

The Walking Dead 7 Episod 1 Review


twd-negan

Ramai rasanya terkejut dengan apa yang terjadi pada dua watak utama siri TV The Walking Dead. Episod pertama baru bermula untuk musim terbaru penonton dikejutkan dengan kematian Glenn dan Abraham, watak penting dalam siri The Walking Dead.

Permulaan musim baru The Walking Dead yang penuh tragik telah membuatkan penonton berasa sedih dengan kehilangan dua watak utama tersebut.

Sebenarnya, sebelum bermulanya musim baru siri The Walking Dead, banyak rumours yang mengatakan Glenn akan ditamatkan wataknya. Rumors ini berdasarkan siri komik The Walking Dead episod #101 yang menunjukkan Glenn bakal mati ditangan Negan apabila kumpulan Rick ditangkap semasa mereka berada diluar kem mereka.

glenn-abraham

Rumours tersebut nyata benar apabila Glenn telah ditamatkan wataknya selepas Negan menghayun kayu baseball sehingga hancur tengkoraknya.

Satu lagi watak utama yang turut ditamatkan riwayatnya ialah Abraham yang turut maut dihayun kayu baseball Negan. Kematian Abraham mungkin disebabkan desakan peminat yang mahu pihak producer meniru jalan cerita komik The Walking Dead dengan lebih tepat tanpa terlampau banyak olahan.


Jika dilihat dari siri komik, Abraham sepatutnya mati lebih awal tapi dilewatkan sehingga masuk musim yang terbaru.

Cuma rumours yang tak menjadi untuk musim terbaru ini ialah Rick bakal kehilangan tangannya. Ramai peminat menjangkakan Rick akan kehilangan tangan tapi jangkaan mereka meleset apabila anak Rick dipilih oleh Negan untuk dipotong tangannya oleh Rick.

the-walking-dead-7

Jika anda menonton episod akhir The Walking Dead musim ke-6, Rick dan kumpulan menjadi buruan kumpulan Savior apabila mereka membunuh sebahagian ahli kumpulan tersebut bagi mengelakkan kumpulan mereka menjadi sasaran penjahat.

Episod pertama menunjukan bagaimana Rick terpaksa merayu belas kasihan Negan dan mengikut kemahuan kumpulan Savior bagi menyelamatkan saki baki kumpulanny daripada dibunuh oleh Negan

twd-7

Daryl juga diculik sebagai tebusan supaya kumpulan Rick tidak membalas dendam atas kematian Glenn dan Abraham dan memastikan Rick dan kumpulannya menjadi hamba abdi kepada Negan. Lagipun Negan melihat Daryl terlampau merbahaya.

Musim baru ini mungkin akan kelihatanĀ lebih thriller dan drama memandangkan muncul watak antagonis yang paling ganas sepanjang siri TV The Walking Dead iaitu Negan.

Jika sebelum ini Rick terpaksa berhadapan dengan The Gavernor dan Zombie, kali ini Rick terpaksa mencari jalan untuk melepaskan diri dari cengkaman kumpulan Savior dan Negan.

Next Episode: “The Well”


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi BakaraĀ (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee