Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Uncanny Counter” Tunjuk Peningkatan, “Start-Up” Menurun Menjelang Finale

Drama OCN, The Uncanny Counter menggandakan rating tontonan!

Pada 5 Disember, drama superhero lakonan Jo Byeong Gyu dan Kim Sejeong telah mencapai rating tertinggi setakat ini.

Menurut Neilsen Korea (via Soompi), episod ketiga The Uncanny Counter merekodkan purata rating sebanyak 5.3 peratus dan kemuncaknya sebanyak 6.2 peratus, peningkatan mendadak berbanding episod pertama.

The Uncanny Counter berdasarkan dari webtoon berjudul sama dan menceritakan tentang pemburu syaitan bernama “Counters” yang datang ke Bumi dan menyamar sebagai pekerja restoran mee dalam usaha untuk menangkap syaitan. Masing-masing mempunyai kebolehan khas mereka sendiri. Anda boleh tonton drama terbaru ini di Netflix. 

Sementara itu, dengan tinggal satu episod sahaja lagi, drama tvN Start-Up menyaksikan penurunan penonton. Episod terbaru telah mencatatkan purata rating sebanyak 5.0 peratus. 

Drama TV Chosun, The Goddess of Revenge mencatakan purata rating sebanyak 3.3 peratus manakala drama SBS Delay Justice merekodkan purata rating sebanyak 4.7 peratus dan 6.1 peratus untuk dua bahagiannya.

Akhir sekali, drama popular KBS 2TV, Homemade Love Story kekal kukuh dengan purata rating sebanyak 25.5 peratus dan 29.4 peratus untuk dua bahagiannya. 

Related posts

7 FAMILY K-DRAMAS YOU CAN ENJOY OVER LUNAR NEW YEAR

Zulaikha

“The Uncanny Counter” Kekal No. 1, Shin Hye Sun & Kim Jung Hyun Paling Popular

Zulaikha

“Royal Secret Agent” Terus Kukuh, “She Would Never Know” Cipta Rekod Peribadi

Zulaikha

Song Joong Ki Bertukar Menjadi Mafia Yang Tiada Perasaan Dalam Drama Terbaru Vincenzo

Zulaikha

Pelakon Korea Selatan, Song Yoo-Jung Meninggal Dunia

Zulaikha

FANTASTIC FEBRUARY K-DRAMAS THAT WILL BLOW YOU AWAY

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating