Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Uncanny Counter” Kekal No. 1, Shin Hye Sun & Kim Jung Hyun Paling Popular

Drama OCN The Uncanny Counter terus kuasai tangga teratas dalam senarai mingguan drama paling popular, manakala Shin Hye Sun dari Mr. Queen menduduki tangga pertama dikalangan pelakon.

Berdasarkan data yang dikumpul Good Data Corporation (via Soompi) dari 18 Januari hingga 24 Januari, The Uncanny Counter menjadi drama paling popular dikalangan peminat untuk dua minggu berturut-turut.

Musim terakhir drama tersebut telahpun ditayangkan pada 24 Januari yang lalu dan berjaya mencapai rating tertinggi yang pernah dicatatkan mana-mana drama OCN, iaitu sebanyak 11.0 peratus. Bintangnya, Jo Byeong Gyu kekal ditangga keenam dalam senarai barisan pelakon.

Tangga kedua diduduki drama tvN Mr. Queen dengan pelakon utamanya Shin Hye Sun berada ditangga teratas dalam senarai minggu pelakon paling popular. Pelakon utama lelaki, Kim Jung Hyun berada dikedudukan kedua. 

Drama terbaru She Would Never Know lakonan Rowoon (SF9) dan Won Jin Ah berjaya memasuki senarai drama paling popular dengan menduduki tangga kedua, manakala pelakon utamanya berada dalam senarai ketujuh dan kesepuluh.

Selepas mencatatkan rating tertinggi dalam sejarah TV Chosun, drama terbaru Love (ft. Marriage and Divorce), berjaya menduduki tangga ketujuh dalam senarai drama.

Berikut adalah senarai 10 teratas drama yang paling banyak menghasilkan bualan pada minggu ketiga Januari:

  1. OCN’s “The Uncanny Counter”
  2. tvN’s “Mr. Queen”
  3. tvN’s “True Beauty”
  4. JTBC’s “Run On”
  5. JTBC’s “She Would Never Know”
  6. KBS2’s “A Man in a Veil”
  7. TV Chosun’s “Love (ft. Marriage and Divorce)”
  8. tvN’s “Awaken”
  9. KBS2’s “Homemade Love Story”
  10. KBS2’s “Royal Secret Agent”

Berikut adalah senarai 10 teratas pelakon yang paling banyak menghasilkan bualan pada minggu ketiga Januari:

  1. Shin Hye Sun (“Mr. Queen”)
  2. Kim Jung Hyun (“Mr. Queen”)
  3. Moon Ga Young (“True Beauty”)
  4. Cha Eun Woo (“True Beauty”)
  5. Hwang In Yeob (“True Beauty”)
  6. Jo Byeong Gyu (“The Uncanny Counter”)
  7. Rowoon (“She Would Never Know”)
  8. Shin Se Kyung (“Run On”)
  9. Namgoong Min (“Awaken”)
  10. Won Jin Ah (“She Would Never Know”)

Sumber: Soompi

Related posts

Temukan Makna Keluarga yang Sejati Dalam Filem “Ali & Ratu Ratu Queens”, Akan Datang Ke Netflix

Kakimuvee

Kim Nam Gil Ditawarkan Watak Utama Dalam Drama Thriller Terbaru “Those Who Read Hearts of Evil”

Zulaikha

Episod Terakhir “Vincenzo” Capai Penilaian Ke-6 Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Zulaikha

Dua Drama Terbaru, “Bossam: Steal The Fate” & “Dark Hole” Memulakan Episod Pertama Dengan Langkah Kanan

Zulaikha

Review Drama: Gokushufudo / The Way of the Househusband (2020)

Kakimuvee

9 K-Drama Yang Akan Ditayangkan Mei Ini

Zulaikha