
Selepas mencatatkan rating tertinggi minggu lalu, drama OCN, The Uncanny Counter terus kukuh dalam penilaian penonton.
Episod terbaru drama superhero lakonan Jo Byeong Gyu dan Kim Sejeong itu mencatatkan rating sebanyak 7.7 peratus dan kemuncaknya sebanyak 8.4 peratus, mengekalkan rating yang dicatatkan pada episod sebelumnya.
Sementara itu drama JTBC, Hush merekodkan purata rating 2.3 peratus untuk episod keempatnya, manakala drama TV Chosun, The Goddes of Revenge merekodkan purata rating sebanyak 2.8 peratus untuk episod terbaru.
Akhir sekali, drama KBS 2TV Homemad Love Story terus menjadi drama paling banyak ditonton pada malam Sabtu, dengan merekodkan purata rating sebanyak 24.1 peratus dan 30.3 peratus untuk dua bahagiannya.
The Uncanny Counter boleh ditonton dilaman penstriman Netflix.