Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Terminator Mendapat Kembali Sentuhan James Cameroon

“I’ll be Back!” 3 ayat tersebut merupakan quote dialog paling ikonik dalam dunia perfileman Hollywood dan ianya diambil dari filem aksi sains fiksyen popular The Terminator. Filem tersebut yang dibintangi oleh Arnold Schwarzenegger dan telah mengangkat status pelakon berkenaan di dunia perfileman Hollywood. The Terminator yang dihasilkan pada 1984 diarahkan oleh pengarah tersohor iaitu James Cameroon dan dia juga terlibat dalam pembikinan skrip filem berkenaan.

Filem berkenaan telah menerima kejayaan memberansangkan dimana sehingga kini filem berkenaan masih diingati oleh penonton. Disebabkan sukses dari segi kutipan tiket dan menerima respond positif dari para pengkritik filem dan penonton. Ia telah mendorong James Cameroon untuk menghasilkan filem sekuel berjudul Terminator 2 pada 1991 dan Arnold Schwarzenegger kembali membintangi filem ini. Kedua-dua filem yang diarahkan oleh James Cameroon ini adalah filem Terminator yang paling berjaya berbanding filem-filem Terminator yang lain.

Namun begitu, populariti franchais siri The  Terminator ini semakin lama semakin merosot bermula dari filem Terminator 3: Rise of the Machines dimana filem ke tiga ini langsung tidak melibatkan James Cameroon sebagai pengarah dan penulis. Filem prequel, Terminator: Salvation juga hampir dilupai oleh peminat filem, manakala filem terbaru Terminator: Genisys pula dianggap filem Terminator paling teruk dalam kesemuaa siri fraincais filem Terminator.

Bagi menyelamatkan siri filem The Terminator, pihak studio telah memanggil semula James Cameroon bagi memperbetulkan kesilapan yang berlaku pada filem-filem Terminator sebelum ini.

Menurut laporan Deadline, James Cameroon telah mendapat akses penuh dalam menghasilkan filem The Terminator terbaru akan datang dan dikatakan telah bersedia membuat siri terbaru filem aksi tersebut dengan Tim Miller (Deadpool) dikhabarkan akan menjadi pengarah filem berkenaan.

Apa yang menariknya ialah, James Cameroon dikatakan enggan meneruskan sekuel Terminator Genisys tetapi sebaliknya mahu meneruskan sekuel filem originalnya iaitu Terminator 1 dan atau kemungkinan besar membuat reboot keseluruhan siri filem berkenaan.

Linda Hamilton – Sarah Connor, Judgement Day

Jika Cameroon meneruskan hasratnya untuk membuat sekuel, persoalannya adakah aktor asal iaitu Arnold and Linda Hamilton akan turut serta dalam projek filem berkenaan ataupun Cameroon akan menggunakan aktor lain bagi menggantikan mereka? Linda Hamilton sebelum ini enggan terlibat dalam sekuel Terminator 3 dan hanya muncul sebagai cameo suara dalam filem Terminator: Salvation. 

Setakat ini, tiada berita mengenai kemunculan semula aktor original filem Terminator yang akan dihasilkan oleh Cameroon dan Tim Miller ini. Apa yang pasti, Cameroon mungkin terpaksa menggunakan aktor lain jika dia mahu meneruskan sekuel atau reboot filem Terminator memandangkan faktor usia bakal menghalang pelakon-pelakon terbabit muncul dalam filemnya nanti.

The Terminator bakal ditayangkan pada 2019 dan kami di kakimuvee akan mengeluarkan update terbaru filem ini dari masa ke semasa.

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment