Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Suicide Squad Tambah Dua Lagi Pelakon

 

Filem The Suicide Squad arahan James Gunn telah menambah dua lagi bintang dalam barisan pelakonnya. Steve Agee yang pernah muncul dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 kembali bekerjasama dengan James Gunn apabila dipilih untuk memainkan peranan sebagai “King Shark”.

Agee akan menyumbangkan suara untuk watak tersebut. Cuma setakat ini tidak diketahui sama ada watak King Shark akan dibuat dengan bantuan komputer sepenuhnya ataupun tidak.

Bintang siri televisyen Castle, Nathan Fillion juga dilaporkan menyertai James Gunn, namun wataknya masih lagi tidak didedahkan.

Filem kali ini akan menyaksikan hanya beberapa pelakon dari filem pertama kembali membawakan watak masing-masing, antaranya Margot Robbie (Harley Quinn), Joel Kinnaman (Rigg Flag), Jai Courtney (Captain Boomerang) dan Viola Davis (Amanda Waller).

Antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah David Dastmalchian sebagai Polka-Dot Man, Daniela Melchior Ratcatcher, Idris Elba, Storm Reid dan bintang WWE, John Cena.

The Suicide Squad akan menemui penonton pada 6 Ogos 2021

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment