Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

THE SUICIDE SQUAD Selesai Jalani Penggambaran, James Gunn Kongsikan Ucapan Yang Menyentuh Perasaan

Buat James Gunn, penggambaran The Suicide Squad adalah sesuatu yang sukar buatnya. Tetapi hari ini, usahanya dalam menyiapkan sekuel/reboot akan datang telah mencatatkan satu pencapaian baru.

Menerusi laman Instagram miliknya, Gunn telah kongsikan gambar para pelakon serta krew produksi menandakan bahawa penggambaran The Suicide Squad telahpun selesai. Selain itu juga, dua turut kongsikan ucapan penghargaan yang agak beremosi.

Bekas pengarah Guardians of the Galaxy itu telah mengalami dua kehilangan dalam hidupnya. Namun, dia tetap komited dalam kerjanya meskipun berhadapan dengan hari-hari yang cukup sukar. Anda boleh ucapan penuhnya dibawah.

The Suicide Squad telah memulakan penggambarannya September yang lalu. Susulan pemecatannya dari mengarahkan Guardians of the Galaxy Vol. 3 oleh Disney, Warner Bros. pantas mengambil Gunn untuk mengarahkan sekuel / reboot Suicide Squad arahan David Ayer. Bagaimanapun, Gunn telah diambil semula untuk mengarahkan GOTG Vol. 3 dan akan memulakan kerja produksi sebaik sahaja post-produksi The Suicide Squad selesai.

The Suicide Squad akan menemui penonton 6 Ogos 2021.

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment