Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

THE SUICIDE SQUAD Mungkin Diberi Rating ‘R’

Pengarah James Gunn terus aktif di media sosial dan sesi Q&A Instgram dengan memberikan info terbaru mengenai filem The Suicide Squad. 

Baru-baru ini, Gunn telah menjawab beberapa soalan yang diutarakan peminat, dan antara yang mencuri perhatian adalah rating untuk filem sekuel itu. Buat masa ini tiada klasifikasi rating telah diberikan secara rasmi, tetapi pengarah tersebut seperti mengesahkan bahawa filem arahannya itu akan diberi rating ‘R‘.

Selain itu juga, pembatalan San Diego Comic-Con tidak menghalang studio Warner Bros. untuk melancarkan beberapa rakaman dari filem The Suicide Squad. Kebiasaannya, acara Comic-Con akan digunakan oleh Warner Bros. untuk mempersembahkan trailer atau klip terbaru.

Gunn memberitahu bahawa peminat mungkin dapat melihat rakaman dari The Suicide Squad tahun ini. Berkemungkinan besar klip pertama filem tersebut mungkin akan dilancarkan sekitar Julai ini.

The Suicide Squad telahpun selesai menjalani penggambaran pada penghujung Februari yang lalu, dan kini berada dalam fasa post-produksi. Filem terbaru Warner Bros. / DC ini akan menemui penonton pada 6 Ogos 2021.

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment