Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Suicide Squad Lebih Ke Arah Komedi


Filem komik terbaru James Gunn, The Suicide Squad hanya menampilkan beberapa muka lama dari filem Suicide Squad, dan di antara mereka adalah Joel Kinnaman. Dia akan meneruskan wataknya dari filem pertama sebagai Colonel Rick Flag iaitu ketua pasukan Task Force X. Cuma sekuel kali ini akan membawa pasukan khas pimpinannya itu ke arah yang sedikit berbeza.

Ketika ditemubual Variety baru-baru ini, Kinnaman telah berkongsi pengalamannya bekerja dibawah arahan James Gunn dan menyifatkan sekuel kali ini lebih ke arah “komedi”

“Dia seorang lelaki yang luar biasa,” ujar Kinnaman yang merujuk kepada Gunn. ” Dia menulis skrip yang sangat hebat, sangat lucu, [dan] ibarat seperti saya berlakon dalam filem komedi pertama. Terdapat ramai orang disana yang agak lucu. Terasa seperti pengalaman belajar.”

Usaha James Gunn yang membawa The Suicide Squad ke arah lebih komedi tidaklah mengejutkan dan boleh dijangka, memandangkan dia pernah menghasilkan dua filem komik (Guardians of the Galaxy) yang memiliki unsur-unsur komedi. Selain itu juga, ia mungkin satu perubahan yang cuba dilakukan oleh Warner Bros., selepas filem pertama arahan David Ayer yang agak ‘dark’ menerima reaksi bercampur-campur dari pengkritik dan peminat.

Kepada peminat-peminat di luarsana, apa pendapat anda jika melihat The Suicide Squad lebih ke arah komedi berbanding filem pertama? menarik atau tidak.. kongsikan pendapat anda.


The Suicide Squad akan menemui penonton pada 6 Ogos 2021.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee