Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Suicide Squad: James Gunn Goda Beberapa Babak ‘Post-Credit’

The Suicide Squad adalah salah satu filem komik paling dinanti-nantikan pada tahun ini, dan salah satu sebabnya, filem ini dibikin oleh James Gunn. Pembikin filem itu berjaya mencipta semula Guardians of the Galaxy untuk Marvel Cinematic Universe, dan sekarang semua mata tertumpu pada Task Force X versinya setelah filem terdahulu, Suicide Squad menerima respon bercampur-campur dari pengkritik dan penonton. 

Gunn sering menjawab pertanyaan peminat di media sosial, dan baru-baru ini dia ditanya adakah kita dapat melihat babak ‘post-credit’ dalam filem The Suicide Squad. Berdasarkan jawapannya, nampaknya kita akan mendapat lebih dari satu babak ‘post credit’. Mungkin ada dua babak post credit atau pun tiga, tetapi jika kita lihat kembali Guardians of the Galaxy Vol. 2, tidak mustahil James Gunn akan memberi kejutan kepada peminatnya, ataupun mungkin ada teaser untuk siri HBO Max Peacemaker yang akan datang. 

“The Suicide Squad” dibarisi beberapa pelakon asal seperti Viola Davis, Margot Robbie, Jai Courtney dan Joel Kinnaman. Mereka akan memainkan peranan yang sama dalam filem 2016, iaitu sebagai Amanda Waller, Harley Quinn, Captain Boomerang, dan Rick Flag.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Michael Rooker sebagai Savant, Flula Borg sebagai Javelin, David Dastmalchian sebagai Polka Dot Man, Daniela Melchior sebagai Ratcatcher 2, Idris Elba sebagai Bloodsport, Mayling NG sebagai Mongal, Peter Capaldi sebagai Thinker, Alice Braga sebagai Solsoria , Pete Davidson sebagai Blackguard, Natha Fillion sebagai TDK, Sean Gunn sebagai Weasel, John Cena sebagai Peace Maker dan Steve Agee sebagai King Shark.

Filem terbaru DC Extended Universe ini ditulis dan diarahkan oleh James Gunn, manakala Charles Roven dan Peter Safran berfungsi sebagai penerbit. The Suicide Squad akan ditayangkan pada 6 Ogos 2021.

Sinopsis Rasmi:

“Welcome to hell — a.k.a. Belle Reve, the prison with the highest mortality rate in the US of A. Where the worst Super-Villains are kept and where they will do anything to get out—even join the super-secret, super-shady Task Force X. Today’s do-or-die assignment? Assemble a collection of cons, including Bloodsport, Peacemaker, Captain Boomerang, Ratcatcher 2, Savant, King Shark, Blackguard, Javelin and everyone’s favorite psycho, Harley Quinn. Then arm them heavily and drop them (literally) on the remote, enemy-infused island of Corto Maltese.

Trekking through a jungle teeming with militant adversaries and guerrilla forces at every turn, the Squad is on a search-and- destroy mission with only Colonel Rick Flag on the ground to make them behave…and Amanda Waller’s government techies in their ears, tracking their every movement. And as always, one wrong move and they’re dead (whether at the hands of their opponents, a teammate, or Waller herself). If anyone’s laying down bets, the smart money is against them—all of them.”

Related posts

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan Filem Aksi-Thriller “Kate” Lakonan Mary Elizabeth Winstead

Kakimuvee

Bill Skarsgård Sertai “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Gambar BTS Terbaru “Indiana Jones 5” Memaparkan Kepulangan Semula Harrison Ford

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Akan Ditayangkan Pada 2023

Kakimuvee

Donnie Yen Sertai Barisan Pelakon “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating