Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Setelah mendapat reaksi dan ulasan awal yang sangat positif sejak ia ditayangakan di pawagam di UK, Ireland dan beberapa lokasi lain pada hari Jumaat, The Suicide Squad kini secara rasmi disahkan segar di Rotten Tomatoes.

Filem DC Comics arahan James Gunn itu pada awalnya berada ditahap 100% untuk sementara waktu, tetapi setelah beberapa ulasan negatif ditambahkan ke agregator ulasan, ianya merekodkan sedikit penurunan ke tahap 96%. Bagaimanapun, rating tersebut masih sangat mengagumkan.

Menerusi laman Twitter, Gunn telah kongsikan keterujaannya selepas melihat filem arahannya buat pertama kali disahkan ‘segar’ sebelum tayangan di A.S.Β 

The Suicide SquadΒ dibarisi beberapa pelakon asal seperti Viola Davis, Margot Robbie, Jai Courtney dan Joel Kinnaman. Mereka akan memainkan peranan yang sama dalam filem 2016, iaitu sebagai Amanda Waller, Harley Quinn, Captain Boomerang, dan Rick Flag.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Michael Rooker sebagai Savant, Flula Borg sebagai Javelin, David Dastmalchian sebagai Polka Dot Man, Daniela Melchior sebagai Ratcatcher 2, Idris Elba sebagai Bloodsport, Mayling NG sebagai Mongal, Peter Capaldi sebagai Thinker, Alice Braga sebagai Solsoria , Pete Davidson sebagai Blackguard, Natha Fillion sebagai TDK, Sean Gunn sebagai Weasel, John Cena sebagai Peace Maker dan Steve Agee sebagai King Shark.

Filem terbaru DC Extended Universe ini ditulis dan diarahkan oleh James Gunn, manakala Charles Roven dan Peter Safran menjadi penerbit.Β 

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment