Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

The Spirit Of Ramayana Bakal Menghantui Anda Pada 12 September Ini.


THE SPIRIT OF RAMAYANA… sebuah filem seram dari Thailand yang bakal menghantui pawagam seluruh negara pada 12 SEPTEMBER 2019… Filem berkenaan menampilkan barisan pelakon popular seperti Ausadaporn Siriwattanakul, Anusorn Maneeted, Jeffrey Benjakul, Thitikan Sitthisamphan.

Filem berkenaan mengisahkan Mintra, 24, seorang penari kontemporari menghadiri ujibakat watak idamannya, Seeda dalam pementasan teater Ramayana. Mintra sangat mendambakan watak tersebut agar dia dapat membuktikan kepada keluarganya bahawa minatnya terhadap dunia tarian sangat mendalam selain inign menampung kehidupan sehariannya.

Namun, Mintra tidak berjaya dalam ujibakat watak utama disebabkan karakternya yang terlalu baik. Peranan itu kemudiannya telah diberikan pengarah kepada musuh Mintra iaitu Gina. Mintra hanya diberi watak pembantu namun perkara itu telah membuatkannya tidak berpuas hati.

Kemudiannya, Mintra telah diberi satu lagi peranan sebagai hantu dalam pementasan itu yang kemudiannya telah merasuknya sehingga menyebabkan Gina mengalami kecederaan serius, sehingga peranan watak utama itu kemudiannya beralih arah kepada Mintra yang telah lama mengidamkan watak tersebut.

The Spirit of Ramayana diedarkan Skop Film Distributions Sdn Bhd

https://youtu.be/FFNOE2i7KbY


Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee