Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Sixth Sense” Sahkan Perancangan Musim 3, Pelakon Asal Akan Kembali

The Sixth Sense akan kembali dengan musim terbaru!

Pada 27 Disember, Xportsnews (via Soompi) melaporkan bahawa rancangan variety popular tvN The Sixth Sense akan memulakan penggambaran untuk Musim 3 pada Februari 2022.

tvN mengesahkan laporan tersebut dan mengatakan bahawa barisan pelakon musim kedua akan kembali untuk musim akan datang. Jadual tayangan bagaimanapun masih belum didedahkan. 


Rancangan The Sixth Sense menguji “deria keenam” pelakon melalui misi yang menyeronokkan di mana mereka mesti menghidu kepalsuan yang tersembunyi di sebalik kebenaran. The Sixth Sense pertama kali ditayangkan pada September 2020 dan menyiarkan lapan episod untuk musim pertama dan 14 episod untuk musim kedua, yang ditayangkan awal tahun ini pada bulan Jun yang lalu.

Untuk Musim 2, Lee Sang Yeob menyertai pelakon asal Yoo Jae Suk, Oh Na Ra, Jun So Min, Jessi, dan Mijoo Lovelyz. Kesemua mereka disahkan kembali untuk Musim Ketiga, dan dijangka akan meneruskan gandingan yang menarik seperti musim sebelumnya. 

 

Related posts

Park Seo Joon & Han So Hee Akan Bergandingan Dalam Drama Thriller Terbaru “Gyeongseong Creature”

Zulaikha

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha