
Drama The Secret Romantic Guesthouse menuju ke minggu terakhir rating terbaiknya setakat ini.
Menurut Nielsen Korea, episod ke-16 drama SBS itu telah memperoleh purata rating sebanyak 4.5 peratus, peningkatan 0.5 peratus berbanding episod sebelumnya, yang mencatatkan rating 4.0 peratus. Angka tersebut merupakan yang terbaik sepanjang siarannya.
Drama KBS2, My Perfect Stranger turut mencatakan sedikit peningkatan pada episod terbaru dengan episod empat telah memperoleh rating sebanyak 4.3 peratus.
Sementara itu, drama tvN Family, mencatatkan purata rating 2.9 peratus untuk episod terbaru, menyaksikan skor yang hampir sama dengan episod sebelumnya.
Akhir sekali, drama Channel A, Queen of Masks, telah mencapai purata rating 2.4 peratus, mengekalkan rating yang sama seperti episod terdahulu.
Sumber: Soompi