Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Roundup” Atas Kutipan “Avengers: Age Of Ultron” Di Korea Selatan, Melangkaui 11 Juta Penonton

Filem terbaru Ma Dong Seok, The Roundup, mendapat sambutan luarbiasa di Korea Selatan.

Kurang seminggu selepas ia menjadi filem Korea ke-20 dalam sejarah yang melepasi 10 juta penonton, filem aksi terbaru yang dibintangi Ma Dong Seok dan Son Suk Ku berjaya melepasi satu lagi pencapaian yang mengagumkan. 


Menurut Majlis Filem Korea, setakat 17 Jun, The Roundup telah merekodkan sejumlah 11,027,835 penonton wayang—bermakna filem itu mengambil masa hanya sebulan sejak tayangannya pada 18 Mei untuk mencecah angka 11 juta.

The Roundup kini merupakan filem pertama sejak Extreme Job (2019) —yang memegang rekod kutipan filem tertinggi dalam sejarah box office Korea—yang melepasi 11 juta penonton wayang (dan hanya filem Korea ke-18 pernah mencapai kejayaan tersebut).

Termasuk filem antarabangsa, The Roundup telah menjadi filem ke-24 paling laris pernah dikeluarkan di Korea Selatan, mengatasi filem blockbuster Hollywood tahun 2015 Avengers: Age of Ultron (yang menamatkan tayangannya di Korea dengan jumlah akhir sebanyak 10,494,499 penonton filem ).

Selain itu, berdasarkan tiket prajualan untuk 18 Jun, The Roundup sudah berada di landasan yang tepat untuk memintas Silmido, filem ke-23 terlaris dalam sejarah box office Korea, sebelum hari tayangannya tamat.

The Roundup kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.

Sumber: Soompi

Related posts

Filem Bertema Keagamaan “Cinta Subuh” Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Kakimuvee

Song Joong Ki Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Noir Terbaru

Zulaikha

Jeon Do Yeon & Jung Kyung Ho Disahkan Membintangi Drama Rom-Com “One Shot Scandal”

Zulaikha

“The Witch: Part 2. The Other One” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan

Zulaikha

Gambar Terbaru “Emergency Declaration” Yang Menampilkan Song Kang Ho, Lee Byung Hun, Im Siwan & Ramai Lagi

Zulaikha

Netflix Perbaharui Siri Popular Korea “Sweet Home” Untuk Dua Musim Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment