
Menerusi laman Twitter rasmi, pelakon terkenal Dwayne Johnson (Hobbs & Shaw) telah mengumumkan tarikh tayangan filem terbaru DC Extended Universe Black Adam iaitu pada 29 Julai 2022. Anda boleh lihat pengumuman ‘The Rock’ dibawah.
A disruptive and unstoppable global force of a message from the man in black himself 🌍 ⬛️⚡️
— Dwayne Johnson (@TheRock) March 28, 2021
BLACK ADAM is coming July 29, 2022.
The hierarchy of power in the DC Universe is about to change. #BlackAdam⚡️#ManInBlack @blackadammovie pic.twitter.com/MvqadvulSR
Ini merupakan perkembangan terbaru Black Adam selepas pelakon James Bond Pierce Brosnan disahkan menyertai filem terbaru itu dengan membawa peranan sebagai Doctor Fate. Black Adam kini sedang melakukan persiapan sebelum memulakan penggambarannya pada bulan hadapan bertempat di Atlanta, Amerika Syarikat.
Johnson memainkan peranan utama sebagai antihero Black Adam. Menyertai Johnson dan Brosnan adalah Noah Centineo (To All The Boys I’ve Loved Before) sebagai Atom Smasher, Quintessa Swindell (Trinkets) sebagai Cyclone dan Aldis Hodge (One Night in Miami) sebagai Hawkman. “Black Adam” turut dibintangi Sarah Shahi (City on a Hill) dan Marwan Kenzari (Aladdin). Buat masa ini watak Shahi dan Kenzari masih belum diketahui.
Berdasarkan karakter komik DC ciptaan Otto Binder dan C.C. Beck, Black Adam akan diarahkan oleh Jaume Collet-Serra berdasarkan lakon layar yang ditulis Adam Sztykiel, Rory Haines dan Sohrab Noshirvani. Filem ini merupakan kolaborasi kedua Collet-Serra dan Johnson dimana mereka sebelum ini telah bekerjasama dalam filem terbitan Disney berjudul “Jungle Cruise”.
Selain berlakon, Johnson turut berfungsi sebagai penerbit bersama Beau Flynn, Dany Garcia dan Scott Sheldon