Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Rock Telah Mulakan Latihan Untuk Filem MMA ‘THE SMASHING MACHINE’


Pelakon dan pengusti Dwayne Johnson telah kongsikan videonya berlatih untuk filem The Smashing Machine.

Di media sosial X, Johnson telah memberitahu peminat bahawa dia telah memulakan latihan untuk filem terbaru bertema MMA The Smashing Machine, filem terbaru studioa A24 yang diarahkan oleh Benny Safdie.

The Smashing Machine ialah sebuah filem drama berdasarkan kisah Mark Kerr, pejuang MMA legenda dari era UFC semasa di kemuncak kerjayanya. Filem tersebut menceritakan bagaimana dia bergelut dengan ketagihan, kemenangan, cinta, dan persahabatan sepanjang kariernya sebagai pejuang MMA.

“Saya sedang belajar setiap hari dan ia merupakan perjalanan yang sangat merendah diri, sengit dan memotivasikan ke dalam dunia pertempuran dan menjadi, Mark Kerr – Juara Kejohanan Heavyweight UFC dua kali, Juara Vale Tudo Dunia,” ujar Johnson dalam perkongsiannya di X.

Perancangan filem ini diumumkan pada Disember tahun lalu apabila A24 mengumumkan bahawa Johnson dan Safdie akan berkerjasama dalam filem The Smashing Machine. Safdie pernah terlibat dalam filem pembikinan filem Good Time tahun 2017 sebagai pengarah bersama, dan filem tahun 2019, Uncut Gems.


Emily Blunt dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk membintangi filem ini disamping Johnson. Johnson juga akan berkhidmat sebagai penerbit bersama rakannya dari Seven Bucks Production, Dany Garcia. Safdie juga turut berkhimat sebagai penerbit bersama Eli Bush dan David Koplan.

Mark Kerr merupakan bekas pengusti profesional dan atlet MMA. Dia sebelum ini menjadi subjek untuk dokumentari HBO tahun 2003 yang turut bertajuk ‘The Smashing Machine.’

A24 buat masa ini masih belum umumkan tarikh tayangan filem terbaru ini.


Related posts

Talk to Me Menjadi Filem Seram Terbitan Studio A24 Paling Laris Setakat Ini

Kakimuvee

A24 Bangunkan Sekuel ‘Talk to Me’

Kakimuvee

Trailer ‘Talk To Me’ Menunjukkan Kenapa Kita Tidak Boleh Bermain Dengan Orang Yang Sudah Mati

Kakimuvee

[VIDEO] Dwayne Johnson Tamatkan Pertelingkahannya Dengan Vin Diesel

Kakimuvee

Pemenang Anugerah Tony Akan Mengarahkan Filem Live-Action Moana

Kakimuvee

Babak Kredit ‘Fast X’ Bakal Mengejut Peminat ‘Fast & Furious’

Kakimuvee