
Dwayne “The Rock” Johnson sebelum ini telah memberi amaran bahawa hierarki kekuasaan DC Extended Universe akan berubah, dan dia tidak bercakap kosong. Bekas pengusti WWE itu telah kongsikan gambar terbaru yang memperlihatkan otot-otot sasa “Black Adam”.
“Training for Black Adam. Shout to my long time strength and conditioning coach [Dave Rienzi] for the ever evolving, strategic road map to success for this film and character.”
“Month by month, week by week, day by day, 277 lbs of mean and nasty.”
Selain itu juga, Johnson turut mengulangi produksi Black Adam yang dijadualkan bermula pada musim bunga 2021.
Berdasarkan dari karakter komik DC ciptaan Otto Binder dan C.C. Beck, Black Adam akan diarahkan oleh Jaume Collet-Serra dengan Johnson memainkan peranan utama sebagai anti-hero Black Adam. Ini merupakan kolaborasi kedua Collet-Serra dan Johnson dimana mereka sebelum ini telah bekerjasama dalam filem terbitan Disney berjudul Jungle Cruise.
Noah Centineo dan Aldis Hodge turut menyertai barisan pelakon dengan memainkan watak Atom Smasher dan Hawkman. Black Adam dijadualkan tayangan pada 22 Disember 2021.