Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

‘The Rock’ Sedang Giat Bina Badan Untuk ‘Black Adam’, Tidak Perlukan Kostum Seperti ‘Shazam!’ untuk Tunjukkan Otot Yang Kental


Pasti ramai tidak sabar untuk melihat Dwayne ‘The Rock’ Johnson beraksi sebagai antihero Black Adam Disember tahun hadapan.

Sementara menantikan filem terbaru DC itu, ‘The Rock’ sengaja kongsikan animasi Black Adam yang cukup menarik kepada para peminatnya. Pelakon itu juga turut menulis kapsyen yang berbunyi “the hierarchy of power in the [DC Universe] is about to change” sebagai ‘amaran’ bahawa karakternya akan menjadi yang terkuat dalam DC Universe.

Amaran The Rock dibuktikan dengan beberapa gambar yang memaparkan dia sedang giat membina badan untuk watak Black Adam.

Nampaknya Warner Bros. dan DC tidak perlu menyediakan kostum ber’padding’ sepertimana mereka membuat kostum Shazam! untuk pelakon Zachary Levi. Mereka hanya perlu pastikan kostum Black Adam tidak mudah koyak dek kerana otot-otot kental The Rock!

Anda boleh saksikan animasi Black Adam dan gambar-gambar The Rock sedang workout dibawah.


 

View this post on Instagram

 

New era. #dcuniverse #blackadam⚡️ @jonbrandoncruz 📸 Shooting starts this summer

A post shared by therock (@therock) on

 

View this post on Instagram

 

New era. #dcuniverse #blackadam⚡️ @jonbrandoncruz 📸 Shooting starts this summer

A post shared by therock (@therock) on

Berdasarkan dari karakter komik DC ciptaan Otto Binder dan C.C. Beck, Black Adam akan diarahkan oleh Jaume Collet-Serra dengan Johnson akan memainkan peranan utama sebagai anti-hero Black Adam. Filem ini merupakan kolaborasi kedua diantara Collet-Serra dan Johnson dimana mereka sebelum bekerjamsa dalam filem terbitan Disney berjudul Jungle Cruise. 

Black Adam akan memulakan penggambaran pada musim panas ini dan menemui penonton pada 22 Disember 2021.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee