Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Rock Kongsikan Butiran Kecil Kostum Black Adam

Penggambaran Black Adam kini sedang giat berjalan, dan ramai peminat menanti dengan penuh sabar perkembangan terbaru filem DC itu. Dalam perkongsian di laman Instagram baru-baru ini, pelakon utama Dwayne “The Rock” Johnson memberikan butiran kecil kostum Black Adam dalam filem akan datang. 

Dalam post tersebut, Johnson telah kongsikan beberapa siri gambar dirinya yang sedang bermesyuarat untuk Zoa Energy. Namun, di bahagian bawah catatannya, Johnson menggoda peminat dengan mengatakan dia sedang memakai kostum Black Adam semasa mesyuarat tersebut, kostumnya ditutup dengan jubah hitam.

Johnson kini sedang menjalani penggambaran filem, dan dia harus tetap berpakaian kostum walaupun sedang menjalani mesyuarat singkat sewaktu rehat.

“If you swipe left and zoom in, you’ll see a small piece of my gold Black Adam [costume] peeking out from under my black cloak of secrecy (my weekly board meetings all take place during my 30min breaks from shooting Black Adam),” – tulis Johnson

Selain Johnson, Black Adam turut dibintangi Pierce Brosnan (The Foreigner) sebagai Doctor Fate, Noah Centineo (To All The Boys I’ve Loved Before) sebagai Atom Smasher, Quintessa Swindell (Trinkets) sebagai Cyclone dan Aldis Hodge (One Night in Miami) sebagai Hawkman. Sarah Shahi (City on a Hill) dan Marwan Kenzari (Aladdin) turut menyertai barisan pelakon, tetapi watak mereka masih belum diketahui.

Berdasarkan karakter komik DC ciptaan Otto Binder dan C.C. Beck, Black Adam akan diarahkan oleh Jaume Collet-Serra berdasarkan lakon layar yang ditulis Adam Sztykiel, Rory Haines dan Sohrab Noshirvani. Filem ini merupakan kolaborasi kedua Collet-Serra dan Johnson dimana mereka sebelum ini telah bekerjasama dalam filem terbitan Disney berjudul “Jungle Cruise”

Johnson turut menjadi penerbit bersama Beau Flynn, Dany Garcia dan Scott Sheldon

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment