Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Rise of Skywalker Semakin Rakus, Catat Kutipan $725 Juta Dolar Seluruh Dunia

Rasanya filem terbaru Lucasfilm, Star Wars: The Rise of Skywalker tersalah masuk gear pada minggu pertama tayangannya. Selepas mencatatkan kutipan perlahan, The Rise of Skywalker semakin memecut menuju penamat $1 Billion.

Filem terakhir Skywalker Saga itu telah menambah $72 juta dolar pada minggu lalu dipasaran domestik AS dan $166 juta dolar dipasaran antarabangsa, menjadikan jumlah terkumpul telah mencecah $725 juta dolar dalam tempoh 12 hari tayangan. Jika prestasi baik diteruskan, Star Wars: The Rise of Skywalker bakal menjadi filem terbaru Disney yang mencatatkan kutipan $1 billion dolar.

Sementara itu, filem terbitan Sony Pictures, Jumanji: The Next Level semakin gagal untuk mengejar rekod filem sebelumnya hanya mengumpulan $460 juta dolar sepanjang tayangannya. Filem lakonan Dwayne ‘The Rock’ Johnson itu telah menambah $35.3 juta dolar pada minggu lalu.

Filem animasi yang baru ditayangkan, Spies in Disguise terbitan Blue Sky Studios telah membuka minggu pertama dengan kutipan $38.1 juta dolar seluruh dunia.

Yang terakhir, filem terbaru Donnie Yen, Ip Man 4: The Finale telah mencatatkan kutipan sebanyak $48 juta dolar seluruh dunia sejak ia ditayangkan pada 20 Disember yang lalu.

Related posts

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Leave a Comment