Berita

The Rise of Skywalker Semakin Menghampiri Kutipan $1 Billion, Frozen Kini Raja Filem Animasi

Frozen 2 menguasai takhta kutipan filem animasi sepanjang zaman

Views

Star Wars: The Rise of Skywalker meneruskan penguasaan carta box office Amerika Syarikat dengan kutipan $33.7 juta dolar pada minggu ketiga tayangannya. Kutipan tersebut menjadikan jumlah terkumpul dipasaran domestik sebanyak $450.7 juta, manakala untuk kutipan seluruh dunia sebanyak $918.7 juta.

Secara perbandingan, The Last Jedi berjaya mengumpula $517.2 juta pada minggu ketiga, manakala The Force Awakens sebanyak $742.2 juta minggu yang sama.

Ditempat kedua dikuasai filem terbitan Sony Pictures, Jumanji: The Next Level yang menambah $26.5 juta dolar pada minggu keempat tayangannya. Filem terbaru francais Jumanji itu telah mengumpul $610.2 juta dolar seluruh dunia.

Satu lagi filem terbitan Sony iaitu Little Woman berada dikedudukan ketiga dengan kutipan sebanyak $13.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $80.4 juta dolar seluru dunia. Filem arahan Greta Gerwig ini tidak ditayangkan di Malaysia.

Sementara itu, filem seram reboot, juga terbitan Sony iaitu The Grudge membuka minggu pertama tayangan dengan kutipan diluar jangkaan iaitu sebanyak $11.3 juta dolar untuk pasaran domestik. Kutipan seluruh dunia mencecah $17.1 juta dolar.

Terakhir, filem animasi terbitan Disney, Frozen II kini menjadi filem animasi paling laris sepanjang zaman apabila berjaya mengumpul kutipan sebanyak $1.325 billion dolar. Filem sekuel tersebut mengatasi Frozen yang mencatatkan kutipan $1.28 bilion dolar dan Incredibles 2 dengan kutipan $1.243 billion dolar.

BACA:  Terpengaruh Filem Seram, Remaja Didakwa Bunuh Kanak-Kanak

Tinggalkan Balasan

shares