Berita baik buat peminat pelakon dan pengarah Dave Franco. Jangan lupa saksikan filem terbarunya, The Rental yang akan ditayangkan dipawagam tempatan mulai 30 Julai ini.
Filem seram ini berkisar tentang dua pasangan yangan menyewa sebuah rumah penginapan di persisir pantai untuk satu percutian hujung minggu. Semuanya berjalan dengan lancar, sehinggalah mereka mengesyaki bahawa pemilik rumah yang kelihatan sempurna itu sedang mengintip mereka. Apabila situasi di rumah itu semakin kacau bilau, percutian sempurna mereka bertukar menjadi mimpi ngeri.
The Rental dibintangi pelakon seperti Dan Stevens, Alison Brie, Sheila Vand, dan Jeremy Allen White. Anda boleh saksikan trailer The Rental dibawah.