Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Red Sleeve” Berakhir Dengan Rating Tinggi, “Snowdrop” & “Bulgasal” Catat Penurunan


Drama MBC The Red Sleeve mencipta rekod peribadi pada episod terakhirnya.

Pada 1 Januari, The Red Sleeve telah menyiarkan dua episod terakhirnya dan mencapai penilaian purata penonton sebanyak 17 peratus dan 17.4 peratus. Penilaian ini melepasi rekod terbaik drama itu, yang dicatatkan pada episod 14 minggu lalu iaitu sebanyak 14.3 peratus. 

Sementara itu, drama JTBC Snowdrop terus menunjukkan trend penurunan apabila episod hari Sabtu hanya mencatatkan rating 1.9 peratus, penurunan hampir satu peratus yang dicatatkan pada episod sebelum iaitu sebanyak 2.8 peratus. 

Rating drama SBS Now We Are Breaking Up jatuh ke tahap terendah dengan episod terbaru merekodkan rating 4.2 peratus. 

Drama hari minggu KBS2 Young Lady and Gentleman merekodkan rating 31.4 peratus, sedikit penurunan berbanding episod sebelumnya yang mencatatkan rating 32.9 peratus. 


Drama sejarah KBS The King of Tear, Lee Bang Won merekodkan rating 7.4 peratus untuk episod terbaru, manakala drama tvN Bad and Crazy merekodkan rating 2.617 peratus untuk episod hari Sabtu. Satu lagi drama tvN Bulgasal menyaksikan sedikit penyusutan dengan episod terbaru merekodkan rating 3.415 peratus.

Akhir sekali, drama TV Chosun, Uncle mencatatkan rating 5.785 peratus untuk episod 1 Januari. 

Sumber: Soompi


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee