Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Purge 4 Akan Ditayangkan Pada Julai 2018

Berita baik, kita bakal disajikan lagi 12 jam yang cukup mengerikan dan menakutkan apabila pihak studio Universal Picture mengumumkan, filem ke-empat siri franchise The Purge akan ditayangkan pada 4 Julai 2018.

Filem sebelum ini, The Purge: Election Year telah menjadi filem paling sukses siri franchise The Purge apabila berjaya mengaut keuntungan besar berbanding filem-filem sebelum ini.

Untuk filem kali ini, pencipta siri franchise ini,  James DeMonaco akan kembali menerbit bersama-sama beberapa nama terkenal seperti Michael Bay, Jason Blum (Insidious) , Brad Fuller dan Andrew (Teenage Mutant Ninja Turtles dan Ouija series, The Texas Chainsaw Massacre).

Screenplay akan dibuat sendiri oleh James DeMonaco dan akan berbincang dengan producer yang lain untuk mengenalpasti pengarah filem yang bakal mengarah filem ini dan pelakon-pelakon yang sesuai. Adakah Frank Grillo akan kembali untuk sekuel keempat ini nanti?

Buat masa ini, tiada berkembangan terbaru atau details mengenai filem ini memandangkan ia baru sahaja diumumkan oleh pihak studio.

Kepada peminat filem The Purge, excited tak dengar berita ini?

Related posts

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment