Trivia

The Punisher, Antihero Marvel Yang Sangat 'Badass'!

Views

Frank Castle aka The Punisher merupakan salah satu karakter Marvel yang paling popular dikalangan peminat-peminat komik, khususnya komik Marvel. Karakter tersebut merupakan antihero dalam dunia Marvel kerana sifatnya yang ganas dan kejam terhadap penjenayah-penjenayah yang diburunya.

Sebagai bekas anggota tentera Marine US, Frank Castle memiliki kepakaran dalam perang gerila, taktikal, pengintipan, seni mempertahankan diri dan pakar menggunakan senjata. Malah dia juga memiliki abiliti yang menjangkaui had manusia biasa seperti kawalan minda yang cukup kuat sehingga mampu menangkis kuasa psikik dan telepathic, serta boleh menahan tahap kesakitan yang tinggi.

Seperti kebanyakkan karakter-karakter komik yang lain, Frank Castle turut mempunyai sejarah hitam dimana dia telah kehilangan isteri dan anaknya akibat dibunuh semasa rusuhan di New York. Tragedi hitam itu mengubahnya menjadi pemburu penjenayah sehingga dia melakukan perbuatan diluar moral dengan membunuh, menyeksa kesemua penjenayah yang ada di bandar tersebut.

Punisher merupakan antara karakter Marvel yang sering diadaptasikan dalam bentuk filem dan animasi. Doplh Lundgren menjadi aktor pertama membawa watak Punisher, iaitu pada tahun 1989. Diikuti Thomas Jane pada tahun 2004 menerusi filem The Punisher, Ray Stevenson pada tahun 2008 (The Punisher: War Zone) dan yang terbaru Jon Bernthal menerusi siri televisyen Daredevil dan The Punisher.

Siri animasi yang menampilkan The Punisher ialah Spiderman: The Animated Series dan Iron Man: Rise of Technovore dimana wataknya disuarakan oleh bintang The Walking Dead, Norman Reedus. Punisher juga pernah bergandingan dengan Black Widow dalam siri anime Avengers Confidential: Black Widow & Punisher yang dikeluarkan pada tahun 2014.

Lambang tengkorak yang terletak pada badan Punisher sebenarnya digunakan olehnya untuk mengumpan musuh menembak kearah situ kerana lambang tersebut dilapisi armor/baju kalis peluru yang sangat tebal, sekaligus mengelakkannya dari cedera akibat ditembak.

Dalam alternate universe, Punisher Kill Marvel Universe, Punisher telah membunuh kesemua superhero dan supervillian bagi membalas dendam diatas kematian isteri dan anaknya. Superhero terakhir yang dibunuhnya ialah rakan baiknya Daredevil sebelum dia membunuh diri.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks