
Pengarah filem The Predator, Shane Black bukan sahaja telah mengumumkan yang filem Predator sudah memulakan pengambaran, malah beliau juga mengesahkan filemnya itu berstatus R-Rated. Beliau mengumumkannya dilaman twitternya.
And, just to be clear… PG-13 is for pussies. Spines bleed… a lot.
— Shane Black (@BonafideBlack) February 18, 2017
And, just to be clear… PG-13 is for pussies. Spines bleed… a lot.
— Shane Black (@BonafideBlack) February 18, 2017
Filem aksi sains fiksyen ini juga dibarisi beberapa pelakon terkenal antaranya Boyd Holbrook (Narcos, Logan), Olivia Munn (X-Men: Apocalypse), Trevante Rhodes (Moonlight), Keegan-Michael Key (Keanu, Key & Peele), Thomas Jane (The Punisher), Jacob Tremblay (Room) dan Sterling K. Brown (The People vs. O.J. Simpson, This is Us).
Details dan storyline filem ini masih dirahsiakan, namun penerbit filem ini, John Davis memberitahu jalan cerita filem Predator adalah “fresh”, bukannya reboot ataupun sekuel.
“The writing is so fresh, the perspective is so fresh. I’m telling you, you’re going to get something you don’t expect and you’re going to say, ‘This is the most entertaining way to reinvent a franchise.’”
Selain itu juga, pelakon utama filem ini, Boyd Holbrook juga memberitahu filem ini mempunyai jalan cerita yang baru dan penonton tidak akan melihat Arnold Schwarzenegger muncul dalam filem terbaru Predator ini.

Namun demikian, Shane Black yang juga menulis filem ini memberitahu sebaliknya. Dia berkata filem ini adalah kesinambungan Predator 2 (1990) dan bukan reboot penuh siri franchise filem ini.
Filem pertama Predator diarahkan oleh John McTiernan dan dibintangi oleh Arnold Schwarzenegger yang memimpin sepasukan pasukan tentera khas US dan diserang hendap oleh makhluk asing. Filem kedua menyusul dengan tajuk Predator 2 pada tahun 1990 dan diikuti dengan filem crossover antara Predator dan Alien iaitu Predator vs Alien dan AvP: Requiem. Filem terakhir Predator adalah pada tahun 2010 dengan tajuk Predators dan diarahkan oleh Nimrod Antal
The Predator akan menemui penonton pada 9 Februari 2018.